Komitmen dan komited
“Asyik-asyik muka sama saja yang buat kerja. Dahla dia sibuk dengan kerja lain; alamatnya tak berjalan la kerja kita ni” keluh seorang ahli jawatankuasa sebuah persatuan.
“Kita nak lantik dia ke? Tak ada orang lain lagi ke?” terdengar cetusan seorang ahli veteran kelab pelajar yang sedang berbincang untuk melantik pimpinan yang baru.
Kita sentiasa ingin melantik orang yang komited untuk memegang tampuk suatu kepimpinan ataupun menggalas amanah dalam menjalankan sesuatu seperti Presiden persatuan pelajar ataupun Pengarah Modul program.
Dan pada masa yang sama kita juga sentiasa cuba untuk memberikan tugas tersebut kepada mereka yang tidak banyak komitmen, agar komitmen mereka tertumpu kepada tugas yang kita hendak berikan sahaja.
Mari kita lihat maksud perkataan tersebut.
Komitmen.
Daripada perkataan bahasa Inggeris “commitment“. Suatu “noun” ataupun kata nama.
Komited.
Daripada perkataan bahasa Inggeris “committed“. Suatu “adjective” ataupun kata sifat.
Kedua-duanya berkata akarkan perkataan “commit“. Maka, apakah hubungan kedua-dua perkataan tersebut?
Pada bahasa, orang yang komited adalah orang yang telah ‘commit‘ dengan ‘commitment‘. Maka wujudkah manusia yang komited tapi tidak ada komitmen?
Namun pada makna kontekstualnya, komited bukan sekadar mempunyai komitmen. Dan kita juga selalu faham bahawa orang yang komited ialah secara ringkasnya orang yang boleh membuat kerja dengan baik. Pengurusan masa yang efektif, kesungguhan dalam menyelesaikan tugas serta kesanggupan untuk berkorban adalah antara sikap biasa yang kita lihat perlu ada pada seseorang yang digelar komited.
Tapi sekali lagi saya tanya, wujudkah orang yang komited tapi tiada komitmen?
Apabila seseorang telah dikenali sebagai seorang yang komited, sudah pasti ramai yang memburunya untuk mendapatkan sentuhannya dalam bekerja. Ramai yang inginkan kekemasan hasil kerjanya. Ramai yang inginkan kelancaran urusan yang dikendalikannya. Maka, secara tidak langsung dan tanpa diminta oleh beliau, akhirnya beliau akan diamanahkan dengan pelbagai komitmen.
Di pihak kita pula, ada yang berpendapat orang yang banyak komitmen biasanya susah untuk komited. Maka orang yang asalnya dikenali sebagai komited sekarang tidak lagi dianggap komited kerana telah banyak komitmen.
Jadi, soalan yang perlu dijawab oleh kita adalah; antara komitmen dan komited, yang mana sebab yang mana akibat?
“Orang bagi dia komitmen sebab dia seorang yang komited.”
“Insya-Allah dia akan komited sebab dia tak ada banyak komitmen.”
“Dia tu tak diberikan komitmen sebab dia tak komited.”
“Dia takkan komited dengan kerja ni sebab dia dah banyak komitmen lain.”
Jadi yang mana satu sebab, yang mana satu akibat?
Adeih..
Tak faham.

jadilah org y komited dgn komitmen:)
alasan jer… semua orang boleh menjadi seseorang yang komited. It is not an exclusive club.
bezanya adalah dari segi penggunaan bahasa.
komited- satu adjektif atau SIFAT yang lebih spesifik. adjektif selalunya digunakan untuk menerangkan sesuatu perkara dengan lebih persis dan jitu.
manakala komitmen adalah satu kata nama yang umum, tiada sifat yang disandarkan padanya. malah boleh digantikan dengan kata umum lain seperti tanggungjawab atau tanggungan atau apa2 sahaja. yang mana boleh jadi seseorang itu tidak suka atau tidak meminta tapi terpaksa dipikulnya.
maka, tak semua orang yang punyai komitmen (tanggungjawab) akan komited (bersungguh-sungguh, ingin yang terbaik dalam melaksanakan tugas) sebab kadang2 orang itu terpaksa, bukannya mahu.
sekian, hanya pendapat 2 pence.
p/s- aku pernah guna template blog ni dahulu kala. tiru. huhu
salam
bagi la nama blog yang canggih skit…
hehe
welcome to the blogging world. jangan tinggalkan blog bersawang, membazir ruang dalam dunia internet je nanti.
@ fathiah
jazakillahu khayr atas sokongan dan nasihat. jangan stress2 ye wahai cik VP
@nikmadihah
hehe.. point utama bukan pasal ‘exclusivity’, tapi sebenarnya nak cakap pasal sebab dan akibat antara komitmen dan komited.. tapi sebab tak pandai menulis, lain pulak jadinya… haha
btw, kenapa x letak link? malas ar tu..
@deynarashid
point ko tu betul.. ade je org yg komited tapi tak ada komitmen.. sebab di sekeliling dia penuh org yg lagi komited… maka dia tak diberi sebarang komitmen a.k.a. tanggungjawab a.k.a. tugasan.
tapi seperti komen aku terhadap makcik nikmadihah, point utama ialah pada sebab dan akibat, tapi nampaknya dah jadi karangan yang melencong. haha.. sure cikgu BM aku marah..
p/s: oh ye ke sama? adeih.. kene tukar la ni… tunggu ar dulu… menulis pun tak konsisten, dah nak berkira pasal layout.. hehe
@adibah abdullah
ha, ni special ni.. reply kat comment yg lain.. kenapa?
sebab comment anda tak kene tajuk. hahaha… no offense ya.
nak bagi nama canggih tapi tak pandai berpuisi.. (deklamasi sajak je la reti, nak tulis, sorry)
btw, macam mana perkembangan kelab penulis luar negara ke ape tah nama tu? hehe
I actually seem to go along with all the stuff that ended
up being composed inside “Komitmen dan komited
just another man”. Many thanks for all of the actual details.
Thanks,Ursula