Jangan Panggil Mereka Israel?

Beberapa minit yang lalu, saya menerima mesej ini di Yahoo Messenger

*****************
Wahai kawan-kawan, jangan berdoa meminta Israel dilaknat kerana maksud Israel adalah “Tuhan kami”.

Isra = Yang Teratas = Tuhan

El = Kami

Fikirkan, kita berdoa kepada Allah tetapi mengutuk Allah tanpa kita sedari apabila melaknat Israel. Gunalah istilah “Yahudi Laknatullah”. Sila sebarkan maklumat ini.

Wallahua’lam bissowab.

Credit to Ustaz Nik for this info…
*********************

Soalan pertama saya, “Siapa Ustaz Nik tu?”

Aduh.

Sekali lagi perkara sama terjadi dengan isu-isu lapuk seperti penggunaan perkataan ‘AKUM’, undian SMS untuk mengharamkan Hijab di UK dan macam-macam lagi. (Saya tak masukkan isu Crocs kerana saya kurang biasa dengan isu tersebut).

Haih. Pantang Islam kononnya dipermainkan, kita terus bertindak; tanpa langsung memeriksa kebenaran perkara tersebut.

Bukankah dalam Al Quran sendiri Allah memanggil orang-orang Yahudi dengan nama Bani Israil? Kaum Nabi Musa ini memang banyak kisahnya diceritakan dalam Al Quran, dan kebanyakan nama yang digunakan ialah Bani Israil.

Kalau Israil itu sendiri maksudnya boleh menyebabkan kecelaruan aqidah (ie memanggil satu-satu bangsa sebagai ‘Tuhan Kami’ boleh menjadi satu perbuatan syirik tanpa kita sedar), masakan Allah memanggil mereka dengan panggilan Bani Israil?

Itu logiknya.

Justeru seperti biasa, saya membuat carian di Internet berkenaan maksud Israel. Berikut ialah hasil carian tersebut:

WikiAnswers - Israel, which we get from the Greek, is originally in the Hebrew, “Yisrael”. Yisrael means, quite literally, “He has striven with God,” or “He has been saved by God,” based on which translation of “sra” was meant to be used.

Babynamesworld – Transcription of the Hebrew Yisrael which is from the Hebrew words meaning “to struggle; wrestle; contend” and “God”. Another suggested meaning is “Prince of God”. In the Old Testament, when Jacob wrestled with the angel, he received the new name of Israel. Israel is also the name of the ancestral kingdom of the Hebrew people and of the new Hebrew state.

Ya, saya akui rujukan saya lemah statusnya, tetapi setakat ini sumber rujukan ini adalah lebih meyakinkan daripada Ustaz Nik yang langsung tidak dikenali.

Kesimpulannya, saya tidak mempercayai mesej berantai tersebut dan mengajak anda semua agar berfikir sebelum menerima sesuatu, apatah lagi sebelum memberikannya kepada orang lain.

Saya akhiri tulisan ini dengan sebuah kisah daripada Perang Siffin dan Perang Jamal.

Perang ini berlaku apabila Saidatina Aishah dan Saidina Muawiyah tidak bersetuju dengan keputusan Saidina Ali untuk menangguhkan pencarian pembunuh Saidina Uthman sebaliknya memfokuskan usaha kepada penyatuan ummah. Maka Aishah dan Muawiyah bergabung tenaga untuk ke Madinah dan bersemuka dengan Ali.

Ali yang ketika itu menjadi khalifah, diberitahu bahawa Aishah dan Muawiyah ingin menyerang mereka. Oleh sebab keterbatasan komunikasi ketika itu, belum sempat Ali, Aishah dan Muawiyah bersemuka dan bertukar kata, kedua-dua pasukan tentera Islam berperang sesama sendiri.

Masalah komunikasi dan kekangan untuk memeriksa keshahihan berita.

Perang Siffin berhenti apabila ada pihak yang mengangkat Al Quran dan mengajak persidangan meja bulat. Setelah perbincangan dilakukan dan walaupun tidak menemui keputusan yang tetap, keadaan telah menjadi semakin tenang. Namun, pada waktu malam yang gelap gelita, ada pihak (baca: pengikut Abdullah b Saba iaitu ketua orang munafiq) yang telah menimbulkan pergaduhan, menyebabkan tentera Islam pada masa itu merasakan mereka sedang diserang, justeru mereka perlu bangkit untuk ‘mempertahankan’ diri.

Tetapi apa yang berlaku, golongan munafiq Yahudi yang sebenarnya menyusup masuk ke dalam kem kedua-dua belah tentera untuk menimbulkan kacau bilau seolah-olah mereka diserang oleh pihak lawan. Kesannya, umat Islam berperang sesama sendiri tanpa sebab yang kukuh dan hanyalah berpunca daripada kacau bilau dalaman yang ditimbulkan.

Sekali lagi, umat Islam ketika itu bertindak tanpa betul-betul memeriksa asal-usul sesuatu berita, malah bertindak secara reaktif terhadap provokasi yang ditimbulkan biarpun ianya batil.

Maka bagaimana dengan kita hari ini?

Those who do not learn from history are doomed to repeat it – George Santayana

Advertisement

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 391 other followers