Membawa pulang kereta dari UK

Bismillahirrahminarrahim…

Sudah 3 hari kereta Mercedes Benz E200K berada di rumahku di Malaysia ini. Kereta yang dibeli setahun yang lalu itu telah pun selamat melalui perjalanan sebulan menaiki kapal dan percutian sebulan di kamar gudang Pelabuhan Kelang. Setelah melalui semua kesusahan dan penat lelah menguruskan kereta itu sehinggalah selamat tiba di Malaysia, banyak yang telah saya belajar. Maka, wajarlah untuk saya kongsikan dengan semua orang.  Semoga mendatangkan manfaat.

Secara ringkasnya, proses untuk membawa pulang kereta dari UK ada 6 langkah (yang tidak mudah), iaitu:

  1. Membeli kereta di UK
  2. Menghantar kereta pulang ke Malaysia
  3. Memohon Approved Permit (AP)
  4. Menyelesaikan urusan kastam
  5. Membuat pemeriksaan PUSPAKOM
  6. Mendaftar di JPJ

Saya akan terangkan satu persatu langkah-langkah di atas.

1. Membeli kereta di UK

Urusan membeli kereta di UK adalah amat mudah untuk dilakukan malah ramai pelajar Malaysia yang telah pun biasa dengan apa yang perlu dilakukan. Mencari kereta yang ada untuk dijual pun tersangatlah mudah, kerana hampir semua kereta yang dijual ada diiklankan di website Autotrader. Cuma buka website tersebut dan pilihlah kereta idaman mengikut spesifikasi yang ada seperti saiz enjin, lokasi penjual, warna kereta dan macam-macam lagi. Namun harus diingat, urusan jual beli hanya dilakukan secara bersemuka, jadi si pembeli mestilah menghubungi penjual kereta berkenaan untuk membuat temu janji.

Apabila kereta idaman telah ditemui, pastikan anda mempunyai 3 perkara penting berkaitan kereta tersebut untuk melicinkan urusan di Malaysia nanti, iaitu:

  • Borang V5 (iaitu geran kereta) yang bertarikh 9 bulan sebelum daripada tarikh anda dijangka bertolak pulang dari UK
  • Resit pembelian; pastikan tarikhnya sama dengan tarikh di borang V5 – jika anda membeli daripada penjual individu (i.e. bukannya pengedar kereta), mintalah si penjual untuk menulis resit di atas sehelai kertas kosong, ditandatangani anda berdua
  • Polisi insurans, juga bertarikh lebih daripada 9 bulan sebelum tarikh kepulangan anda ke Malaysia

2. Menghantar kereta pulang ke Malaysia

Apabila tarikh kepulangan ke Malaysia sudah hampir, segerakanlah urusan menghantar kereta pulang dengan menaiki kapal laut. Jangan terlalu awal kerana perjalanan kapal laut ke Malaysia hanya memakan masa lebih kurang sebulan sahaja.

Jika kereta sampai terlalu awal tapi anda masih belum pulang ataupun belum sempat menyelesaikan urusan AP, anda akan terpaksa membayar kos parkir yang tinggi di gudang pelabuhan kerana kereta berada terlalu lama di sana. Biasanya, kos parkir ialah RM8 sehari.

Setakat pengalaman saya, saya mengesyorkan agar anda menggunakan syarikat Arcadia Freight Shipping yang efisien dalam menguruskan penghantaran kereta pulang. Tambhan pula, apabila tiba di Malaysia, kereta akan diuruskan pula oleh agen-agen yang boleh dipercayai. Dapatkan maklumat lanjut di websitenya, http://www.arcadiafreight.co.uk/

3. Memohon Approved Permit (AP)

Undang-undang Malaysia mengawal kemasukan kereta import melalui penggunaan AP. Hanya pihak yang memiliki AP sahaja dibenarkan membawa kereta masuk ke dalam negara. Semua sudah maklum, individu yang belajar atau bekerja di luar negara selama lebih daripada setahun akan diberikan satu AP kereta. Namun, bagaimana caranya untuk mendapatkan AP tersebut? Ingat, AP bukannya sesuatu yang akan diperoleh secara automatik!

Menurut website Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), berikut ialah antara dokumen-dokumen yang perlu diserahkan untuk memohon AP kereta bagi individu di bawah kategori pelajar:

  • salinan passport dan visa
  • salinan kad pengenalan
  • salinan surat tawaran belajar
  • salinan surat tamat belajar (boleh dapatkan daripada pihak universiti)
  • original boarding pass atau tiket semasa pulang ke Malaysia (pastikan tarikhnya 9 bulan selepas tarikh V5 dan insurans kereta)
  • salinan lesen memandu (tak ada lesen, tak boleh apply AP)
  • borang JK69 (baca di bawah)

[ sila klik SINI untuk lihat senarai lengkap ]

*semua salinan dokumen hendaklah disahkan oleh pesuruhjaya sumpah atau pegawai kerajaan berpangkat tinggi (seperti Pengetua sekolah)

Setelah semua dokumen di atas siap disediakan, anda perlu pergi sendiri (atau hantar wakil) ke bangunan MITI di Kompleks Pejabat Kerajaan Jalan Duta. Rujuk kaunter pertanyaan tentang lokasi pejabat untuk memohon AP. Naik ke pejabat tersebut dan tanya pegawai di situ tentang proses yang lengkap. Mereka akan membantu anda memeriksa semua dokumen yang telah dibawa. Jika cukup semuanya, anda boleh minta bantuan mereka untuk mengisi borang permohonan AP yang dinamakan JK69.

Setakat pengalaman saya, saya diminta untuk menaipkan segala maklumat tentang kereta (e.g. model, nombor chassis, tahun, harga) menggunakan komputer dan pegawai di situ akan mencetakkannya ke atas borang yang disediakan. Mungkin ada pihak yang mencadangkan agar anda membeli borang di gerai yang berhadapan dengan MITI pada harga RM2 dan mendapatkan khidmat jurutaip pada harga RM10, namun adalah lebih baik anda pergi dahulu ke pejabat yang menguruskan AP berkenaan. Bukan sahaja urusan mengisi borang percuma, malah lebih diyakini kerana pegawai berkenaan sendiri yang membantu anda. Ingat, borang JK69 hanya diterima jika ditaip, BUKAN ditulis dengan tangan.

Dapatkan maklumat lanjut di:

p/s: AP juga boleh dimohon secara online

4. Menyelesaikan urusan kastam

Apabila kereta anda telah tiba di pelabuhan, biasanya syarikat perkapalan terbabit sudah pun mempunyai agensi yang akan menguruskan segala yang berkaitan sehinggalah kereta itu dapat dikeluarkan. Dalam kes saya, agensi yang menguruskan pengeluaran kereta daripada pelabuhan ialah Mikhir World Trading yang berpejabat di Bandar Bukit Tinggi, Klang.

Agensi tersebut akan menguruskan kerja-kerja

  • membuka kontena dan unpack kereta
  • menghantar kereta ke gudang
  • mengambil AP yang telah anda pohon terlebih dahulu
  • menghantar dokumen-dokumen berkaitan kepada pihak kastam
  • mendapatkan jumlah cukai yang dikenakan
  • membuat rayuan sehingga mendapat diskaun maksimum 35% (daripada Pengarah Kastam Selangor dan seterusnya Pengarah Kastam Malaysia)
  • mengeluarkan kereta daripada gudang untuk anda bawa pulang (setelah membayar semua upah)

Peringkat ini tidak memerlukan saya untuk bergerak ke sana sini; hanya menyerahkan dokumen yang diperlukan oleh mereka dan menanti sahaja perkembangan terkini melalui telefon. Setelah segalanya selesai, mereka akan menjemput anda untuk mengambil kereta daripada pejabat di Klang.

NB: setelah kastam mengeluarkan jumlah cukai berdasarkan ‘harga docket‘ (i.e. nilai kereta tersebut mengikut piawaian kastam), pemilik kereta perlu melangsaikan bayaran cukai dalam masa 14 hari. Selepas itu, pemilik akan dikompaun RM100 sehari. Tapi usah risau, walaupun proses rayuan mengambil masa, namun kompaun itu dapat dikurangkan, atas budi bicara Pengarah Kastam Selangor. Ada pemilik yang dikompaun sebanyak RM2100, tapi Datuk Pengarah telah mengurangkannya menjadi RM200 sahaja.

Jumlah keseluruhan yang perlu saya bayar kepada agensi berkenaan ialah RM1253 sahaja. Mikhir World Trading boleh dihubungi di 03-33232442

p/s: saya perlu membayar cukai kereta sebanyak RM 36,126 kepada pihak kastam. Untuk membuat anggaran jumlah cukai yang perlu dibayar, anda boleh rujuk website ini http://www.floristhut.com/taxkastam.htm. Jumlah anggaran yang dibuatnya adalah sangat hampir dengan jumlah sebenar yang saya bayar tempoh hari

5. Membuat pemeriksaan PUSPAKOM

(saya belum lagi membuat pemeriksaan PUSPAKOM, maka isi bahagian ini hanyalah berdasarkan maklumat daripada pihak berwajib di PUSPAKOM)

Sebelum sesebuah kereta boleh didaftarkan di JPJ, ia perlulah diperiksa oleh PUSPAKOM. Pemeriksaan ini tidaklah menakutkan seperti pemeriksaan MOT di UK. Antara perkara yang akan diuji oleh PUSPAKOM ialah:

  • nombor chassis dan nombor enjin pada borang V5, borang kastam dan badan kereta adalah sama
  • badan kereta tidak pernah dipotong
  • kegelapan cermin tidak melebihi kadar yang dibenarkan

Kos pemeriksaan pula adalah sekitar RM80-160 sahaja. Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk di SINI.

UPDATE: setelah membuat pemeriksaan di PUSPAKOM, mereka sebenarnya hanya memeriksa 3 perkara di atas sahaja. Dan kosnya hanyalah RM25

6. Mendaftar di JPJ

Sebelum kereta anda boleh digunakan di atas jalan raya, anda perlu mendaftarkannya dahulu dengan JPJ. Selepas itu, barulah anda boleh mengambil insurans dan road tax. Maka, selagi kereta anda tidak didaftarkan dengan JPJ, kereta tersebut tidak boleh diinsuranskan justeru sebarang bencana yang menimpa kereta tersebut (nauzubillah) adalah di bawah tanggungan sendiri.

Untuk mendaftar di JPJ, anda mestilah sudah:

  • mendapatkan nombor pendaftaran yang dikehendaki (bagi nombor yang popular, anda perlu memohon secara tender. Bagi nombor Wilayah Persekutuan K.L., permohonan tender ditutup 2 minggu sebelum nombor pendaftaran tersebut dikeluarkan. Jadi, rancanglah segera!)
  • melakukan pemeriksaan di PUSPAKOM
  • mempunyai semua dokumen yang telah diluluskan daripada MITI (Borang JK69) dan Kastam (Borang K1)

Itu sahaja yang dapat saya kongsikan daripada pengalaman dan pengetahuan saya yang tidak seberapa. Mohon maaf jika ada kekurangan ataupun ada cara yang jauh lebih mudah daripada apa yang saya nyatakan di atas seperti proses yang boleh dilakukan secara online.

Semoga membantu. Jika anda mempunyai sebarang persoalan lanjut, silalah hubungi saya melalui blog ini ataupun terus ke dalam inbox emel saya, seperti di bawah.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Akmal Amri

emel: akmal [dot] amri [at] gmail [dot] com*

*gantikan [at] dengan simbol @ dan [dot] dengan simbol noktah, dan tulis alamat emel tersebut tanpa jarak

p/s:

Advertisement

144 comments so far

  1. joegrimjow on

    wohooo
    terima kasih akmal amri!

    • akmalamri on

      sama-sama abe jo

  2. lili tai on

    maka, boleh disimpulkan bhw, jumlah penghantaran kereta dari UK ke msia hanyalah dalam sekitara rm2000 (kastam + puspakom)? bukannya sehorror rumors katakan sampai berpuluh2 ribu cukai ye

    • Akmal Amri on

      akak, itu cumalah upah ajen, bukannya cukai..

      aku kena bayar cukai RM36,126

      • KAK LONG on

        tumpang tanya sikit…kete saudara tu tahun berapa yer ?

        Akmal: tahun 2003 :)

  3. Amin Nurazmi on

    Salam saudara Akmal Amri,

    Saya pelajar 2nd year di Uni of Kent, UK. Saya nak tanya sikit:

    1) Perlu ke kita memiliki kereta tu lebih dari 9 bulan atau mintak backdated je geran kereta tu?
    2) Berbaloi ke bawak balik kereta dari UK jika dikira semua kos dan process?

    Thanks,
    Amin

  4. Dean Said on

    Assalamualaikum Akmal..

    Nak tnya sket sal kos when you were using cars at UK? How much did you spend on the road tax plus insurance plus parking pass? Can you provide me with the estimation please?

    Thank you.

    Dean

    • Akmal Amri on

      Waalaikumussalam.

      The parking pass cost me nothing as I did not need it since I used bus to commute everyday. Plus, the uni had lifted the parking permit for students. It’s only available for staff.

      Road tax cost me £185 for a period of 6 months (because my car still had road tax for a few months prior). But, a 12-month road tax will cost you around £250. You can get the exact figure from the DVLA website, the UK equivalent of JPJ.

      Insurance cost me the most. As I was only 21 when I first used the car, my insurance premium was £2400 annually.

      Thanks
      Akmal

      • effy on

        gile mahal la akmal insurans kat sana! haha.

        Thanks akmal, the post is VERY helpful, and thorough.

        Cuma skrg ni nak figure out the procedure for my case. The returning expert program. I’m thinking of purchasing it from 3rd country (UK) as Egyptian cars are left-sided drive.

        Cume ada soklan sikit, in that case, still kena beli 9 bln sblm tarikh balik jgk ke, cmne?

        n ada risk tak bila dah beli n shipping, tiba2 AP not approved?

        n biasanya mcmne cukai satu2 kereta tu dikira di kastam Msia? ada certain % atau ikut budi bicara kastam?

        n if u dont mind me asking, how much does ur E200 cost when u 1st bought it?

        TQ akmal

      • Dean Said on

        Assalamualaikum..

        So,basically if we bought the car in final year of study, do I have to pay £2400 or less? I mean like 9 months before going back. About the parking pass, what I meant is the cost of parking beside the road near our house.Do we need to pay for it? I saw some car get some kind of compound or summons on their windshield.

        Cheers.

        Dean

  5. jay on

    salam just nak tanya.
    klu dah tinggal 1 bulan lg nak balik, pastu baru nak beli kereta, mcm mana nak back date dia punya tarikh pembelian dan mcm mana nak buat insuran sama dgn tarikh beli kereta. kongsi sikit caranya. sy pun berminat nak beli E200k.

    • Adie on

      Salam..

      mcm mana pulak dengan insuran..?? Still perlu 9 bulan jugak ker, or ada cara utk backdated..??

  6. ammar on

    effy,
    kereta tidak perlu beli 9 bulan
    AP pasti lulus kalau dah ada surat MOHR
    saya ada experience kes ini. saya dah pernah tolong kawan uruskan kereta dia. dia di ukraine. kereta dari UK.
    minta email, saya bagi details.

    • effy on

      effysaiful@yahoo[dot]com

      Thanks ammar, really appreciate it! ;)

    • man on

      thanks ammar.please give me the details.
      erman721@yahoo.com.my

    • ibnutoha on
    • khairunnisa on

      me too.. i’m interested to know how to buy car and get AP..as i’m studying in india and planning to buy a car in UK…inshaAllah..

      thank you

    • aziela on

      ammar, sy nk jgk details tu..sbb tinggl lg 5 months kat UK..dgr skrang backdated byk kereta sangkut utk dpt AP

    • mohd iszamir on

      Salam En Ammar dan En Akmal,mintk pendapat. Requirements 9 months tu kalau tak cukup nak adjust macam mana ya? Invoice dan insurans kereta adjust juga cmna? Mintak tolong otai2 explain sdkit tentang ni. Email sy : alridhuan@gmail.com. Terima kasih wassalam

    • Noor Azri Abd Wahab on

      salam, ni email saya numanprodigy@gmail.com
      minta details thanks

    • horte on

      hortefogre@hotmail.com

      tolong bagi details jgk ammar. thanks

  7. yeop on

    slm,,abg akmal, katakan harga yg kita beli dipasaran negara tertentu yang kita beli ialah menyamai rm30k..berapa cukai kastam yg dikenakan kalau bawah 2000cc? takkan 150% daripada 30,000 Rm?bermakna saya kena bayar utk cukai kastam sahaja ialah rm45k? mahalnya?

    • Akmal Amri on

      nilaian kereta dibuat berdasarkan nilaian kastam, bukannya berdasarkan harga belian. kemudian, daripada nilaian tersebut, kastam akan kurangkan lagi berdasarkan kadar depreciation. selepas itu cukai dikira berdasarkan jumlah tersebut.

      maknanya, kalau dapat kereta tu free sekali pun, tetap kena bayar cukai berdasarkan nilai kereta itu

  8. dd on

    saya sudah balik ke malaysia.
    and saya student kat uk n nak bawak balik keta sini. boleh ke saya dtg balik beli kereta and apply for AP? tp visa dah expired.

    but offer letter semua masih ada

    • Akmal Amri on

      boleh bukak website MITI, ada diterangkan prosedurnya. kalau tak silap saya, AP perlu dimohon dalam masa 6 bulan selepa tarikh pada boarding pass.

      link untuk baca guidelines MITI ada saya letakkan di dalam entri blog ini. di bawah subtopik Memohon AP

  9. sharul kota bharu on

    salam,
    saya memang berminat dengan ap student untuk bawa balik kereta from uk. masalah nyer ada yang beli ap student untuk bawa balik kereta tersebut dan adalah menimbulkan masalah kalau berbuat demikian? adakah geran kerta yang dibuat di malaysia dipegang oleh owner ap atau pembeli ap student tuh? and berapa tahun kereta tuh boleh dijual semula kepada pembeli bukan ap?

  10. jay on

    to ammar,
    boleh bg detail pada saya. sebab saya dah nak balik tp kereta xcukup 9 bulan. kereta baru beli. boleh tolong tak sapa yg ada experience. takut xlepas plk

  11. jay on

    sorry email sy kepah1@yahoo.co.uk.

  12. pokcik on

    Salam Akmal..
    Awak ada cakap pasal cukai kastam. Kastam buat evaluation berdasarkan ape ye? cc,tahun,harga kereta di m’sia? Jika ada standard calculation yg boleh dibuat rujukan. TQ

    • Akmal Amri on

      tak ada standard utk rujukan. kastam memang ada senarai nilaian kereta dan senarai ni sulit. Nama senarai ni ialah Docket Prices. kita cuma boleh agak2 je. daripada nilaian harga kereta, kastam kemudiannya akan kurangkan harga berdasarkan diskaun-diskaun seperti diskaun eksais, diskaun wajib, diskaun susut nilai dll.

    • Akmal Amri on

      pokcik boleh tengok kat sini untuk anggaran. setakat pengalaman saya, jumlah yang ditunjukkan di website adalah lebih kurang sama dengan cukai yang saya bayar tempoh hari

      2010/11/30 Mohd Akmal Amri

      > > tak ada standard utk rujukan. kastam memang ada senarai nilaian kereta dan > senarai ni sulit. Nama senarai ni ialah Docket Prices. kita cuma boleh agak2 > je. daripada nilaian harga kereta, kastam kemudiannya akan kurangkan harga > berdasarkan diskaun-diskaun seperti diskaun eksais, diskaun wajib, diskaun > susut nilai dll. > >

    • Akmal Amri on

      tadi saya cuba sekali lagi dan mendapat hasil berjumlah RM36,031. hari tu, masa saya bayar kat kastam, jumlahnya ialah RM36,132. beza sikit je mungkin di bahagian susut nilai ataupun diskaun individu

      2010/11/30 Mohd Akmal Amri

      > > pokcik boleh tengok kat sini untuk anggaran. setakat pengalaman saya, > jumlah yang ditunjukkan di website adalah lebih kurang sama dengan cukai > yang saya bayar tempoh hari > > > 2010/11/30 Mohd Akmal Amri > > >> tak ada standard utk rujukan. kastam memang ada senarai nilaian kereta dan >> senarai ni sulit. Nama senarai ni ialah Docket Prices. kita cuma boleh agak2 >> je. daripada nilaian harga kereta, kastam kemudiannya akan kurangkan harga >> berdasarkan diskaun-diskaun seperti diskaun eksais, diskaun wajib, diskaun >> susut nilai dll. >> >>

  13. pokcik on

    Yeke..dekat mana kat sini tu? xde link pun. Kalau sy nak wak blk accord euro 2003, adakah tax sama lebih kurang awk punye merz?TQ

  14. ammar on

    anggaran cukai euro r
    2002 cukai RM24,398
    2003 cukai RM26,909
    2004 cukai RM29,700

  15. azhar on

    ade tak sape sape nak jual ap dari uk? kalau bagi tau saya melalui email jaha_smiles@hotmail.com

  16. azhar on

    pembetulan.. ade tak sape sape nak jual ap student dari uk? kalau ada, bagi tau saya melalui email jaha_smiles@hotmail.com

  17. pokcik on

    terima kasih. Boleh tahan mahal jgk tax. Kalu total budget RM50k, mmg xdapatla euro r. Kalu BMW e46 thn 2001/02 maybe lepas kot.

  18. amer on

    assalam nak tumpang tanya cik akmal,kalu saya nak membeli sebuah motosikal vintage berusia 45 tahun yg kurang dari 500cc dari australia,adakah prosedurnya sama seperti membeli kenderaan biasa,memerlukan ap juga?kerana penjual sudah setuju meletakan harga motosikal itu termasuk dgn delivery cost dan urusan kastam. harap bantuan.

  19. ammar on

    amer, proses sama.
    hankeymeal@yahoo.com

  20. khairil on

    salam akmal. lepas dapat AP dari miti brp lama Mikhir trading usahakan sampai keluar kereta? Lagi satu ada diorang bagi anggaran tax tak?

    • Akmal Amri on

      salam.

      hari tu urusan kereta saya selesai hampir sebulan. biasanya 2 minggu sahaja tapi oleh sebab masa tu hujung bulan ramadhan, jadi agak susah utk mereka bertemu pengarah kastam untuk dapatkan pengurangan cukai, ditambah pula dengan cuti hari raya.

      diorang takde bagi anggaran tax, tapi kalau encik call dia tanya, dia boleh agak2 berdasarkan rekod lama. selain tu, saya juga dapatkan anggaran cukai daripada website ini:

      http://www.floristhut.com/taxkastam.htm

  21. chot.... on

    a’kum….sy nk tumpang tnya skit,mcm mna cara2nye nk bli kenderaan rampasan kastam?borang JK69 gna ke untuk urusan ni?

  22. Adeeb on

    Salam Akmal,

    I BELIEVE U HAVE NOW GRADUATED FROM WBS. WELL DONE!

    WSLM,
    - EX-PRESIDENT WARWICK MSA/UKEC) GRAD.1997
    - IN UK SINCE 92 TO DATE

    • Akmal Amri on

      Salam Adeeb.

      Thanks for the tip-off. I believe you have taken the burden of reading through my writing so as to locate my carelessness, and that is deeply appreciated.

      Thanks bro

  23. Elle on

    Salam Akmal,

    Hari tu saya ada antar email kat akmal.amri@gmail.com, nak tanya psl AP semua ni. Did u get it?

    Thanks.

    Elle

  24. Adeeb on

    Slm Mal,

    Kita sesama warwickian, kena look after each other where possible (if hang sudi lah!). Now ada over 100 stu.AP pending since Nov10.
    Good that u deleted the sensitive info (x perlu tunjuk tere kat org psl b/d). Also, maybe worth delete/edit Adie’s comment, Adie on 05/01/2011
    Salam..

    mcm mana pulak dengan insuran..?? Still perlu 9 bulan jugak ker, or ada cara utk backdated..??

    Ok..tk care!wslm

  25. ibnutoha on

    Salam bro adeeb and akmal.

    Just to ask, kalau dah balik malaysia for good untuk twinning program (baru je seminggu balik) boleh dapatkan AP lagi ke?
    Kereta masih belum dibeli tapi rules 9 bulan tu confirmlah tak boleh guna. Boleh email kat saya pasal ini?

    mft_fer@yahoo.com

  26. Danial on

    Salam…

    Nak tanya, insuran pun boleh back dated juga tak kalau beli kete kurang dari 9 buln? Satu lagi, kereta yang saya beli takde dalam senarai kete yang ada di Docket Price. Boleh ke bawa balik kereta yang tiada dalam senarai tu?
    Terima kasih.

  27. muhammad salleh on

    salam,
    kalau bekerja di australia bagi rakyat malaysia boleh dapat ap x abang ?

    • Akmal Amri on

      boleh.. cuba baca Guideline di website MITI tu

  28. mi on

    Salam,
    kereta saya xcukup 9 bulan, minta tolong forward details bagi saya jugak. Thanks.
    email saya: budakuk@ymail.com

  29. zul on

    assalamualaikum bro akmal,
    nak tanye ni, kalau kereta lebih dari 10 tahun, depreciation mcm dah 100% je kt table tuh. Camne plak tu ek nk kira?
    Thanks.

    • Akmal Amri on

      maaf saya tak tahu. boleh cuba emel atau call orang MITI atau kastam.

      thanks

  30. Wan on

    Assalamualaikum…terima kasih atas penerangan yang panjang lebar ni…sgt2 membantu….

  31. amy on

    hi akmal..
    i nak tanya pasal the returning expert programme (REP). if i dah balik malaysia, then baru nak beli kereta kat uk boleh ke? ada syarat ke? if u have any info on the REP ni, pls forward (skyewalkers@gmail.com).
    thanks

  32. rozie on

    salam abang akmal..saya student akhir tahun dari ukraine bercadang nak beli kereta from UK.tapi saya nak tanya..mcm mana nak uruskan tarikh pembelian 9 bulan tuh? kene jugak ye 9 bulan? boleh tak tolong email kat rozzey_mierozes@yahoo.com.

  33. hashim idris on

    Thank a lot for info yang banyak pasal AP ni. Tapi apa yang saya nak tanya macam mana nak mohon AP terbuka? saya bukan student or berkerja di UK, tapi nak beli kereta dari UK, boleh? tolong brief procedure..

    thank you,

  34. triple09 on

    salam,
    i cannot find an answer to cars kurang dari 9 bulan…bole backdated ke? n how?

    i already bought a car in UK to bring back…tp dh kena balik awal….that means…car documentation smua ada tp only 6mths….not 9 mths like the requirement…arghh…how how?

  35. Dean Said on

    Assalamualaikum..

    Dulu beli kete kene byar cash ke wat ansuran? Terima kasih.

    • Akmal Amri on

      Cash

  36. ingin tahu.. on

    kalo lesen p bleh mohn AP tak? ad kemngkinan tak di iktiraf ke ?

    • Akmal Amri on

      Xboleh. Kena lesen penuh

  37. mohd iszamir on

    Salam Bro. Thanks for the info.
    Sy bercadang utk bwk balik kreta dri Australia tahun depan, nk tnya, wajib pakai kereta 9 bulan di sana ke boleh back date roadtax and insurans tu? Plan nak beli 2,3 bulan seblum balik Mlysia. Thanks

  38. mohd iszamir on

    En Ammar dan En Akmal,mintk pendapat. Requirements 9 months tu kalau tak cukup nak adjust macam mana ya? Invoice dan insurans kereta adjust juga cmna? Mintak tolong otai2 explain sdkit tentang ni. Email sy : alridhuan@gmail.com. Terima kasih wassalam

  39. Abun on

    Salam. Kepada yang bertanya mengenai hendak backdate atau adjust invoice atau geran (V5C) kereta; lupakan hasrat anda. Pihak berwajib pada masa ini sudah mengenali taktik ini dan mereka memantau dengan teliti setiap permohonan. Jangan hantar kereta anda menerusi kapal laut selagi AP anda belum di luluskan. Pihak berwajib bukan sahaja akan memeriksa dengan terperinci setiap permohonan, dokumen dan menemuduga anda, malahan mereka akan berhubung terus dengan pihak berwajib dimana kenderaan itu telah berdaftar (UK = DVLA) menerusi telefon sekiranya permohonan anda disyaki telah di backdate atau di ubahsuai. Setakat ini sudah banyak kenderaan student yang tersangkut di pelabuhan. Itu tidak termasuk kes-kes membeli AP. Harap maklum, dan sekadar nasihat.

  40. kamal6866 on

    Assalamualaikum…
    Boleh tak tuan emailkan kepada saya cara-cara bawa kereta dari UK ke Malaysia yg tak cukup syarat 9 bulan tu…
    Email saya kamal_shdc@yahoo.com. Cara-cara nak backdate, insuran, MOT & etc…
    Didahului dgn ucapan Terimakasih.

    Wassalam

  41. azhar on

    ada tak sape sape yang habis belajar bulan 2/2012 nanti? boleh laaa jual AP kat aku sekarang…maklum laaa kena pakai dulu 9 bulan….kalau ada sesiapa yang serius nak jual, sila email aku.. jaha_smiles@hotmail.com

  42. ayuni on

    salam,akmal.

    nak tanya lah,mcm mana nak tau jumlah duti import dgn duti eksais yg kita kena bayar.sb saya dh bukak dh yg link yg nak calculate tax dgn mudah tu.tp dekat duti import n duti eksais bila nk klik jadual tu xboleh plak. ada tak link mana2 yg bgtau how much duti import+eksais tu. thanks!!

    p/s:u help sooo00oo many people here.that’s great!

    • Akmal Amri on

      maaf saya tak dapat bantu. saya sendiri dah hilang dokumen tersebut

  43. Zul on

    Salam akmal,
    terima kasih atas post ini..sangat berguna utk mereka yg nak bawa pulang kenderaan dari UK. Akmal bawa kereta apa balik ke Malaysia?
    Sy pun nak bawa balik kereta ke Malaysia mungkin C200/C180..guna AP student kawan sy..sy dah call Kastam sebelum ni dan tanya pada pegawai berkenaan mengenai tax..jumlah tax yg sy dapat bagi C180 tahun 2001 adalam RM18k++..adakah tax ni akan berubah bila kereta sampai nanti?takut jadi makin mahal pulak..
    berapa range harga E200 tahun 02/03 kt UK ye? kalau x mahal sgt dari C200 boleh ganti beli E200..hehe..
    TQ akmal..

    • Akmal Amri on

      Salam. Maaf lambat reply.

      Jumlah tax yang encik dapat tu cuma anggaran, dan jumlah hasil kiraan sebenar adalah tertakluk kepada budi bicara Pengarah Kastam Selangor untuk bagi diskaun sebanyak mana. Dan juga bergantung kepada kesungguhan ejen encik untuk meminta diskaun. Kesimpulannya, jumlah tax nanti akan berubah tapi sekitar RM18k juga.

      Harga E200 di UK adalah sekitar 9k-10k pound. Sekarang saya tak pasti pula berapa harganya selepas setahun saya meninggalkan UK

  44. say on

    hi there…
    1st of all, a job well done 4ur highly detailed explanation regarding d matter above…im a student studying in India…Still have another 2.5yrs left b4 balik Msia…can u please email me on how can i buy+bring back a car frm UK cos Mercs+BMW kat India ni,price die almost d same ngn Msia…my email is say.orlack@gmail.com

    • Akmal Amri on

      Hi. Maaflah, saya tak dapat nak bantu dalam hal ni. Saya bukan seorang ejen dan juga tidak mengenali mana-mana ejen yang boleh mengendalikan urusan tersebut.

  45. mahadil bin uyop on

    insyaalah bulan ogos ni nanti abang saya akan melanjutkan pelajaran di england.sekiranya saya ingin membeli kereta dengan menggunakan ap studentnya itu.boleh ke dalam masa kurang setahun maksud nya sebelum tamat pengajian kereta di kirimkan ke malaysia menggunakan ap tersebut..sekitar 50k ke 70k duit malaysia kereta apa yang boleh dapat siap dengan semua sekali urusan..

    • Akmal Amri on

      Saya rasa tak boleh, sebab untuk mendapatkan AP, encik perlu kemukakan surat tamat belajar bagi pemegang AP.

      Berkenaan dengan harga, RM70k rasanya dah boleh dapat kereta Merc C Class tahun 2002-2004. Ataupun BMW 3 Series tahun 2000-2004.

      Encik boleh tanya kawan2 lain, saya kurang maklum dengan harga sekarang. Formulanya mudah aja, untuk anggarkan kos keseluruhan pembelian kereta, dapatkan harga belian kereta di UK (dalam RM) dan darab 2. InshaAllah kos keseluruhan adalah sekitar nilai tersebut.

  46. Yuss Harun on

    tumpang tanya..agak2 kete Merc ape yg boleh dibeli dalam RM100K termasuk semua kos2 terlibat?

    kalau gune formula darab 2 tu..maksudnya kene cari kereta yg kurang dari
    5000 GBP la kan?

  47. ziana azmer on

    Assalamualaikum Amri

    Blog awak sangat useful..Coz kitorang plan nak bli E Class and my sister yang nak belinyer. if anything bolehkan saya email En Amri..Thanks..email saya aza_lyz@yahoo.com.my

    • Akmal Amri on

      Please do

  48. Khairi on

    Salam Akmal,
    Saya nak bertanya berkenaan tempoh 9 bulan kereta digunakan di oversea tu dikira dari aquired date atau issue date pada V5C form.
    Terima kasih atas bantuan.
    Khairi

    • Akmal Amri on

      Maaf, xtahu

    • Muhammad on

      Dikira dari issued date yang dicetak dalam V5 itu bukan dari tarikh “acquired date”. Ramai yang sangkut bermula daripada masalah ini. Pihak Miti akan double check dengan DVLA di UK. Kesimpulannya kereta mestilah cukup 9 bulan pada tarikh balik.

  49. pijan on

    kereta dari uk nih pernah di pakai di maysia…lepas tue dia bok blik skali ngan keta skali …lepas tue plak dia nk jual kat malaysia camna prosesnya

  50. Adie on

    Mohon bertanya lagi.

    Cukai yg Saudara Akmal bayar 36K tuh, berapa tahun punya kete..??

    • Akmal Amri on

      Kereta tahun 2003

  51. ANHM on

    assalamualaikum saudara akmal amri yang kachak…mohon diajukan soalan kepada saudara jika tidak keberatan…

    jikalau guna orang dalam adakah boleh mendapat kurang 36 k itu? dan bolehkah saudara beritahu berapa cc kereta yg telah saudara bawa belayar ke malaysia?

    • Akmal Amri on

      Saudara ANHMAK,

      Tak semestinya dan 1.8cc

  52. Khairul on

    Salam saudara Akmal,

    Saya bakal bawa balik kereta daripada UK next year,insyaallah,as far as i am concerned now da tak boleh backdate documents kan?U really have to own the car for 9 months in the UK and THEN baru ship back..am i right?
    Saya da check link yang saudara akmal kasi tu,but tak berapa faham how to use it,so if u dont mind would you help me out get a rough figure for a 2001 Honda S2000?thanx a lot for your help =)

    • Khairul on

      pembetulan..if u dont mind would you help me out get a rough tax figure for a 2001 Honda S2000(2000cc,GBP3900)?thanx a lot for your help =)

      • Akmal Amri on

        Salam.

        Website tu dah hilang attachment yg ada senarai harga docket. Saranan saya, anggaran jumlah tax ialah sekitar 100% harga pembelian kereta di UK.

        Saya tak dapat nak bagi exact figure sbb saya bukan pakar, cuma seorang pengguna yang berkongsi pengalaman

        Akmal

  53. Khairul on

    saya ada baca beberapa post kat forum lain,tak silap saya untuk kereta 2000cc the tax is about 171%..so the tax is applied atas harga pembelian kereta kan n bukan atas harga asal kereta (harga brand new)..if keta tahun 2001 n the tax is applied kat harga asal (GBP30k) memang tak masuk akal betul harganya..haha..

    • Akmal Amri on

      Import duty is applied on the VALUE of the car, not the PRICE.

      Value = Selling price of a new model – Depreciation rate.

      Depreciation rate is determined by Kastam. I think, 10% a year, and after 5 years, there will be an extra 20-30% discount.

      Akmal

  54. Balan on

    Hello Akmal,

    Nak tanya sikit pasal insuran kereta di UK, En. Akmal dulu pakai insurans syarikat ape? Kena ada lesen UK ker boleh pakai International Driving Permit je? Saya dah cuba call beberapa company tapi semuanya tak offer kat foreign license holder. Harap dapat beri tunjuk ajar. Terima kasih.

    Balan.

  55. ciklee on

    Maklumat pengiraan cukai kenderaan import terkini:
    1. Kena tahu harga CIF (cost, insurance, freight) kastam untuk jenama, model dan spesifikasi kenderaan yg diingini. Katakan harga CIF ialah A.

    Nota: Harga CIF ni merupakan maklumat sulit dan mungkin berubah dari masa-semasa. Untuk setiap jenama, model dan spesifikasi kenderaan, kastam ada senarai harga CIF tersendiri. Secara asasnya, harga CIF ialah harga kereta baru yg diisytihar oleh pengeluar di negara asal dan kemudian didiskaunkan berdasarkan keuntungan pedagang dan umur kenderaan selepas tarikh pengeluaran, kemudian ditambah pula kos tambang dan insuran. Kalau dulu, ada formula untuk mengira harga CIF ni kerana untuk setiap tahun usia kenderaan, ada diskaun susut nilai. Sebagai contoh, harga CIF kenderaan yang berumur 5 tahun adalah lebih tinggi daripada yg berumur 8 tahun. Tetapi sekarang pihak kastam telah menetapkan harga CIF untuk setiap 12 bulan sehingga usia kenderaan 5 tahun/60 bulan shj. Ini bermakna harga CIF untuk kenderaan yang berusia lebih 5 tahun (i.e. 6,7,8,9,…) adalah sama dengan kenderaan yang berusia 5 tahun. Tetapi untuk kenderaan kurang 5 tahun, harga CIF berbeza mengikut umur setiap 12 bulan.

    2. Darabkan harga CIF tadi dengan kadar duti import (*DI) untuk mendapatkan jumlah cukai import. Contoh: B = A * DI.

    3. Darabkan harga CIF dan cukai import dengan kadar duti eksais (*DE) untuk mendapatkan jumlah cukai eksais. Contoh: C = (A+B) * DE

    4. Darabkan harga CIF, cukai import dan cukai eksais dengan kadar cukai jualan (*CJ) untuk mendapatkan jumlah cukai jualan. Contoh: D = (A+B+C) * CJ

    Nota: Kadar duti import (DI), duti eksais (DE) dan cukai jualan (CJ) untuk kenderaan Complete Build Up (CBU) berbeza-beza mengikut jenis kenderaan, kapasiti enjin dan negara pembuatan (ASEAN or non-ASEAN). Kadarnya juga mungkin berubah berdasarkan polisi semasa kerajaan.

    5. Jumlah cukai yang perlu dibayar kepada kastam sebelum diskaun rayuan adalah E = B+C+D.

    6. Setelah memohon pengurangan cukai, pihak kastam atas budi-bicara mereka boleh memberi diskaun rayuan (DR). Jadi jumlah cukai yg perlu dibayar kepada kastam selepas tolak kadar diskaun rayuan adalah F = E * (1-DR).

    Contoh pengiraan cukai import untuk kereta penumpang Mercedes E200K petrol dengan kapasiti enjin 1796cc, tahun pembuatan 2004 dan dikilangkan di German adalah seperti berikut:
    1. Harga CIF, A = RM32,000 (anggaran shj. Jumlah sebenar tertakluk kepada kastam)

    2. Untuk kereta penumpang dengan enjin kapasiti kurang dari 1800cc dan dikilangkan di negara bukan ASEAN, jumlah kadar duti-duti terkini yg telah ditetapkan ialah DI = 30%, DE = 75% dan CJ = 10%. Jadi:
    Cukai import: B = A * DI = RM32000 * 30% = RM9600
    Cukai eksais: C = (A+B) * DE = (RM32000+RM9600) * 75% = RM31200
    Cukai jualan: D = (A+B+C)*CJ = (RM32000+RM9600+RM31200) * 10% = RM7280

    3. Jumlah cukai sebelum diskaun rayuan: E = B+C+D = RM9600 + RM31200 + RM7280 = RM48080

    4. Katakan anda berjaya memperolehi diskaun rayuan kastam sebanyak 30% = 0.3, jadi jumlah cukai selepas rayuan:
    F = E * (1-DR) = RM48080 * (1-0.3) = RM48080 * 0.7 = RM33,656.00

    Untuk mendapatkan jumlah cukai yg perlu dibayar dengan lebih tepat, disaran agar mengemukakan pertanyaan secara terus kepada pusat panggilan kastam melalui emel dialamat ccc@customs.gov.my dengan disertakan maklumat seperti di bawah:
    1. Jenama
    2. Model
    3. Jenis body
    4. Kapasiti silinder enjin
    5. Chassis/VIN number
    6. Tahun pembuatan
    7. Tarikh & tempat pendaftaran asal
    8. Tarikh dimiliki
    9. Jangkaan tarikh import

    Harap membantu.
    4.

  56. ezreen on

    salam, boleh x juga emelkan saya details yg penting? terima kasih.
    frenzykilling@yahoo.com

  57. Ali on

    Salam,

    Nak tanya sikit kpd En. Akmal, semasa memohon AP, adakah pihak MITI mewajibkan student yg bawa balik kereta perlu memiliki lesen memandu dinegara tempat belajar (cth: lesen memandu UK atau international)? Thanks

    • Akmal Amri on

      Salam. Tak, cuma nak lesen Malaysia

      • ciklee on

        Syarat baru MITI (berkuatkuasa 1 Sept 2011) mewajibkan pelajar yg nak memohon AP kena ada lesen memandu yang sah digunakan di negara tempat belajar. Harap maklum.

      • khairul on

        saya punya durasi untuk belajar kat uk cuma setahun, perlu x saya amek lesen kat uk or dah memadai sekadar lesen malaysia??

    • nua on

      xpayah lesen malaysia sah kat uk kgn risau :)

      • Akmal Amri on

        Kalau ikut info dalam website DVLA, xsah. Dan ikut pengalaman saya kena tahan dgn polis, xsah.

        :)

        Cuma dia bagi setahun pertama dari tarikh sampai UK boleh guna lesen Msia sementara belajar lesen UK

      • nizam on

        lesen international hanya sah tidak lebih 12 bulan dari tarikh kita masuk uk. so…kalo nk bawak balik keta lepas habis belajar lebih daripada setahun, maka lesen malaysia dah jadi tk sah. peraturan tambahan MITI peruntukan lesen yang sah dari segi undang2 negara berkenaan selama kereta tersebut berada.

  58. fauziah benetti on

    askom dek,akak dah tinggal sini di switzerland for 20 yrs,inshaallah thn depan planing nak pulang ke tanah ayer tercinta,bawa anak balek,belajar ugama,kat sini takut akan masa depan mereka,akak dah cerai dan tak pandai hal nak uruskan hal cam ni,borang2 nya n so on,kalau adek dapat tolong ,ada masa ,akak boleh la bayar apa yg adek uruskan,sama ke condition student dgn akak?anak buah dari facebook yg jumpa article ni,ALHAMDULILLAH betul,semuga ALLAH rahmati budi baik adek,memudakan hamba nya dlm urusan cam ni,car kat sana mahal betul,compare kat sini,contohnya,latest bmv ,merz audi lexsus mcm 2 lagi,fw yrs old only dapat harga kalau beli proton kat sana,so nak sangat bawa big family car balek,kalau nak beli kat sana tak mampu la,most greatfull thanking u in advance,akak fauziah,

    • nizam on

      sila rujuk miti.gov.my. dekat situ ada borang yg boleh donlod. utk shipping dan custom clearance, apa yang saudari amri recommend dah bagus.

  59. nua on

    yg pasal lesen tu
    rasenye lesen malaysia sah je gune kat uk :)

  60. MatLancaster on

    Malaysian driving license is valid for 12 months since the day we enter the UK border.

    Salam Akmal, just nak Tanya pasal Mikhir Trading punya service, are they very quick and helpful. Maksudnya do we have to chase them to make things faster? Sayasedang dalam dilemma to appoint them or the other agent at port kelang. Ada ker Pengalaman yg tak best tentang mikhir nih? Tq.

    • Akmal Amri on

      Pengalaman yg xbest maybe diorg x update kita apa y dh berlaku; kita yg kena tanya. Tp drpd apa y sy nampak lepas dh settle, diorg buat je kerja cuma tak keep us informed. Hari tu lambat sikit pun sebab cuti raya masa tu

    • nua on

      nape aku bawak dr malaysia license extract dr jpj n gune then ble police tengok dorg kasi lepas???
      hmmm pelik korg pny lesen nieh??

      xg amek jpj pny license extract ke????

      • lizzy darcy on

        nua, saya dah 2 kali kes dgn polis, naik mahkamah di UK ni, penalty points pun dah ada.. percayalah, lepas 12 bulan duduk di UK, lesen malaysia dah tak valid + termasuklah international driving permit.. boleh rujuk website DVLA, wakil DVLA – direct.gov (http://www.direct.gov.uk/en/Motoring/DriverLicensing/DrivingInGbOnAForeignLicence/DG_4022561)

        tapi kalau taknak percaya, terpulang, kalau kena tahan dgn polis, alasan ‘saya tidak tahu’ tak terpakai, bila lesen tak valid, insurance automatically tak valid, kereta kena tarik, masuk court setelkan kes. penalty points dapat, 4 tahun tanggung penalty points. sekian.

        jadi, kalau dah lebih 12 bulan, kena ambil lesen UK. hanya certain countries (ie Hongkong, Singapore etc etc) yg boleh directly convert their driving licence to UK driving licence.

  61. syafiq on

    assalammualaikum…berapa kena cas kargo? thnx

  62. seni on

    salam bro akmal ,saya nak beli clk200 euro2,500.kat germany ,agak agak brapa kena tax ye dgn kastam sini,tq,semoga allah membalas jasa baik mu menolong org yg susah tp nak lagak senang ni,tq

  63. Joe Ngang on

    Assalamualaikum brader….

    Saya nak tanya, the rules n kos2 duti ni apply utk kereta yg diimport dari US gak ke? Dan motorsikal?

    Thanks… Salammmm.

  64. Aiman on

    Saya ialah pelajar tahun akhir 2012 di UK, dan ingin mengundang sesiapa yang ingin membeli AP saya. Sila beri email anda. Cepat sebelum masa 9 bulan tamat.

  65. azizul mohamad on

    assalamualaikum…

    nak tanya sikit… saya insyaallah akan bawak balik e class jugak awal tahun depan… cuma perlu beberapa penjelasan…

    1. berapa lama proses untuk mohon AP? kena tunggu kereta sampai kt port dulu ke baru boleh apply?

    2. berapa lama proses untuk nak keluarkan kereta daripada port termasuk proses rayuan cukai etc?

    3. nombor pendaftaran kenderaan kena tunggu amik kereta dulu ke, boleh beli sebelum even dapat AP ke? boleh beli nombor negeri mana pun takpe kan, x perlu nombor selangor n KL kan?

    thanks

    • Akmal Amri on

      1. Paling cepat 2 minggu nak tunggu AP siap. Tak perlu tggu kereta smpai port. Once kereta dh naik kapal n kita dh smpai malaysia, boleh la apply. Make sure ada semua dokumen y die nak

      2. Urusan kastam biasanya diberi masa sebulan. Kalu lebih sebulan, kastam akan mula denda setiap hari.

      3. Boleh. Nombor pendaftaran boleh dibeli bila-bila pun xpe, sebab dia cuma nak lesen je. Cumanya bila dah dibeli, nombor tu perlu diguna dalam tempoh 3 bulan, kalu x, kira burn. Daftar kt mana2 pn xpe

      Akmal

      • azizul mohamad on

        wokeh… thank you bro… baru2 ni ada dapat email dari MITI psl syarat2 untuk bawak balik keta… nanti saya forward to your email… boleh share dgn kawan2 lain kt sini nanti…. thanks again…

  66. kmargeena on

    Salam,

    Boleh ker saya bawa pulang kereta yg dibeli pada 9 bulan terakhir sblm visa tamat ttp saya pulang dahulu ke msia dan kemudian kembali ke uk utk ship the car n all? i will have the min 9 months requirement with a valid boarding pass n all but the only problem is the letter for completion of studies might have ended earlier than expected? boleh ker?

    do help.. thanks!~

    • Akmal Amri on

      Boleh rasanya. Sbb yang penting dh belajar kt sana lebih setahun utk layak dapat AP

  67. abdul hakim on

    salam bro. kalau bwk balek kereta tp blajar x habis mcm mana? kalau dah beli kereta, tp last2 study fail. risky jgk kn? ataupun syaratnya lebih setahun jer?

    • Akmal Amri on

      Dia nak surat tamat pengajian sebagai tanda pernah belajar kat sana

  68. mal on

    salam.nak tanya..kalau kereta kena beli 9 bulan sebelum pulang..adakah lesen juga harus diambil utk tempoh lebih dari itu..kalau terlambat ambik lesen, boleh tak lesen uk tu kurang dr 9 bulan.sbb mcm x sempat..nak ambik lesen makan masa juga tu…

  69. Hafiz on

    Refer to Muhammad comments 07/10/2011…saya dah dgr banyak sangat rumours pasal backdate ni, nak confirm mcm mana kalau tak dikira dari acquire date,tp di kira dari issue date, saya dah tukar 2 kali V5C form tu, yang pertama sebab saya pindah address, masa tu acquire date feb,11 and print date
    Aug,11…then yang kedua salah ejaan nama, accquire date stil feb,11 and print date jadi oct’11…tu macam mana pulak?harap dapat bantu.

    • AZRUL on

      salam ..

      jawapan sy mungkin x sedap didengar tp mmg dia tgk issue date .. dalam website dvla ( yg miti guna utk cek validity v5 ) mmg ade kuar issue date je .. klau la ini je cara MITI cek v5 punye details, so most probably die xtau pon name owner kereta .. dlm list tu ade tunjuk bile tarikh issue date and bile road tax kereta mati .. sy ada kawan yg bg alasan die pindah ( hence issue date sgt jauh dr acquired date ) tp MITI reject bodo2 .. hope this help

      • AZRUL on

        sy sendiri mmg dah cek kereta sy punye details dlm website dvla tu .. most probably ini je details yg miti hold kat kereta kita ..

  70. Hafiz on

    Salam Akmal,

    Saya dah 1tahun 3bulan di UK dan visa tamat 30 april 2012. Soalan pertama, pemilikan 9 bulan dikira dar date beli kita beli sampai bila?adakah dikira dari kita sampai malaysia atau dikira dari kereta tu diship ke malaysia? Soalan kedua, berkaitan acquire date and print date pada dvla form tu, kalao miti kira dari form print date macam mana pulak tu?saya dah beli kereta bulan feb, lepas tu dah update form tu 2 kali sebab pindah alamat dan pembetulan ejaan nama.

    • Akmal Amri on

      1. Tarikh boarding pass kita. Saya ada tulis dalam entri di atas

      2. Tarikh V5 dikeluarkan. Dah dibincangkan dalam komen-komen sebelum ini. Kawan saya ada yg terpaksa tukar alamat ms kt uk, n bila balik Msia, AP xlepas smpi skrg (tarikh V5 xcukup 9 bulan)

  71. Hafiz on

    Salam,
    Hmmm mcm tu orang berbelah bahagi la antara undang UK and MY. sebab dalam for DVLA setiap perubahan kena beritahu, walaupun nama salah.Saya renew V5C form tu untuk ikut undang2 UK. Tapi permohonan APmasih disertakan invoice, dan insurance, adakah dokument2 tak boleh dipakai?

  72. fendi on

    salam,
    saya belajar di UK,final year dan berhasrat nak bawak balik motosikal harley davidson dari UK,adakah undang-undang nya sama dengan kereta?tpi saya belum bli kerana takut tidak sempat kerana visa saya akan tamat pada bulan 8/8 tahun depan.jdi jika saya beli moto itu pada bulan depan boleh lepas ke?dari kiraan saya ngam 9 bulan sahaja..so apa cadangan anda?thank u..

    • AZRUL on

      salam

      sape2 pernah dapat reach PUAN DIRA from MITI berkenaan lesen UK tu ? MITI consider macamane klu kita beli kereta bulan 3 tp baru je nk buat lesen nih sbb requirement baru ? tk

    • AZRUL on

      salam fendi .. rasenye baik beli je trus sbb mengikut pengalaman, dvla nih kadang2 akan silap print name so kne hantar balik buat v5 baru .. n make sure ade lesen B full klu nk beli moto tu .. n uk license skali

  73. fendi on

    Salam azrul..lesen b full malaysia saya dah ada, saya datang ke uk cuma setahun, utk final year, saya kena ambik lesen uk jgk ke? ada kawan saya ckp lesen malysia bleh pkai utk setahun. betul ke? Dan lg satu masalah saya, setelah saya teliti betul2 tarikh visa saya.. tarikhnya xcukup dalam 10 hari dari 360 hari setahun.. syarat memohon ap bermastautim di uk selama 1 tahun, jadi jika kurang beberapa hari mcmana? Boleh lepas ke ? tqvm

    • AZRUL on

      wsalam .. yang itu sy x pasti sbb mmg requirement kate at least setahun .. maybe, boleh anjakkan tarikh balik ke ? ie. balik time visa dah habis utk cukupkan setahun lebih ? saya x pasti sgt regulation setahun tuh MITI ketat ke x .. tp 9 months issue date tu mmg MITI particular .. kalau fendi mmg duduk UK slama setahun shj, licence should be no prob kot .. kalau MITI tanye, u ade chance utk argue coz u r right. HTH

  74. masri haji ahmad on

    Salam Akmal

    Saya terbaca posting ni maenarik…. Saya beranggapan Akmal agak
    biasa dengan urusan AP yang hanya di keluarkan oleh pihak MITI.

    Tapi saya sebenarnya ingin memohon bantuan sekiranya boleh, untuk membantu saya mendapatkan kelulusan AP
    student yang sedang saya pohon di MITI..masalah nya adalah tidak cukup 9 bulan.

    Sekiranya Akmal ada good access atau kaedah tertentu untuk bantu saya amat lah di hargai.

    Sebagai orang bisnes saya sedia bincang hal imbuhan..terima kasih dan wassalam.

    Masri

    • Akmal Amri on

      Salam. Saya cuma pernah memohon sekali sahaja iaitu untuk AP peribadi saya. Maaf, saya tak mampu untuk bantu dan juga tidak berminat untuk membuat bisnes berkaitan AP.

      Maaf sekali lagi

  75. zafri on

    salamz

    compulsory ke kene ade full license uk or boleh ke if using Provisional license uk? as provisional license uk allow orang yang ade full license in malaysia untuk bawa kereta like usual… hope boleh beri pandangan… tq bro

    • Akmal Amri on

      Xtahu. Tunggu org yg lagi tahu jawab ataupun cek kt website MITI

  76. Hafizz on

    Salam semua, saya nak berkongsi sedikit info untuk membantu saudara akmal. kepada student2 baru yang nak memiliki kereta di UK.

    Pertama berkaitan lesen memandu, lesen memandu Malaysia cuma sah untuk setahun saja dan mengikut undang2 UK, lesen memandu Malaysia tidak sah untuk insurance kenderaan di UK. Kebanyakan studnet tipu insurance dengan mengatakan ada lesen UK. ada sesetengah insurance company yang tak mintak lesen jadi selamat lah, tapi kalao ada yang mintak, insurance company akan terminate insurance immediately.

    Kedua, ada cara nak dapatkan lesen memandu UK, melalui kaedah license exchange dgn kos £300 kalao ada yang berminat sila tinggalkan email kat post ni.

    Ketiga, berkaitan insurance, harga insurance di UK begantung kepada jenis kenderaan, kawansan tempat tinggal, jenis lesen memandu, umur, pekerjaan dan lain-lain. kalau nak check haraga insurance, better guna confused.com

    Keempat, berkaitan V5C form, MITI akan tengok dari issued date, jadi jika berlaku pertukaran atau perubahan pada V5C for silalah buat salinan sebelum anda menukar kepada V5C form.

    Itu saja yang saya dapat kongsi,berdasarkan pengetahuan saya.

    • Adree on

      Salam haffiz,
      Berminat nk tau pasal licence exchange..
      Email kt adree_84@yahoo.com..

      Tq.

  77. Hafizz on

    Oh ya akmal,lupa nak tanya, kalao kita apply AP dulu sebelum ship kereta boleh tak?boleh ke kita biarkan kosong untuk agent detail dlm borang JK69 tu?

  78. Noor Azri Abd Wahab on

    Salam,
    sya final year student kat france. Apa procedure utk beli n bawak balik kereta dari UK ke malaysia? Boleh pakai beli je ke tanpa bayar roadtax n insurance sbb nak register kat france?
    Kalau kereta tu tahun 2008 mahal ke cukai dia nanti. Agak2 la berapa?
    Kereta cooper, 2008 harga dlm 8000£. Thanks

  79. khalid on

    assalamualaikum

    bagaimana dgn spec kereta..mitsubishi grandis warrior diesel 2.0. apa pandangan bro? i mean releven tak buat balik? dgn maintenance dan disel kualiti. jazakallahukhairan katheera

  80. Dzulkifley Mohd. Said on

    Salam saudara Hafizz & Akmal.

    Cuma nak tanya satu aje, lesen P Malaysia boleh convert kpd lesen UK tak? Kalau tak, then camne nak beli insurance kat UK ?? Perlu ambil driving licence sana ke?? I need the UK insurance policy utk bwk balik kereta ke M’sia. Or, is it possible letak insurance under nama org lain? MITI terima tak?

    Tolong reply ke Dzul5253@yahoo.com. Terima kasih.

    Dzulkifley M. Said,
    UCL, Camden, London UK.

  81. Hafizz on

    Dzul,

    Lesen P tak layak untuk convert ke any driving license and permohonan AP. Nama untuk permohon AP mesti sama pada form V5C, insurance dan invoice kenderaan.

    Lesen MY tak diiktiraf untuk insurance di UK, kalao ada yang buat insurance guna Lesen MY,maknanya ada insurance fraud or tipu maklumat insurance.

    Terima kasih.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 391 other followers