Miskin dan Kaya
Salam wbt.
Setelah mengalami kemalasan yang amat untuk menulis entri baru di blog, aku buat keputusan untuk tulis entri yang pendek-pendek sahaja. Maka kali ini, aku nak kongsi pengalaman semasa di Jakarta dan Bandung 2 minggu yang lalu.
Kalau di Malaysia, kita boleh belajar banyak tentang sesebuah tempat itu hanya melalui perbualan dengan pemandu teksi. Mereka tahu gosip tentang Perdana Menteri, mereka pernah jumpa hantu di sana dan di sini, malah mereka boleh menghuraikan sejarah Malaysia dengan cara yang santai tapi tetap terperinci!
Tetapi lain pula halnya di Indonesia. Setiap kali menaiki teksi ataupun angkut, aku sudah boleh meneka apa yang akan dibualkan dengan pemandu teksi atau angkut tersebut. Semestinya tentang UANG.
“Bapaknya pulang bila? Bisa saya tolong dapatkan kereta untuk jalan-jalan? Murah aja”
“Bagaimana kalau bapak catar aja angkut ini, lebih cepat dan tak capek”
“Bapak udah pergi ke Tangkuban Perahu?”
“Bapak mahu ke mana pula selepas ini? Saya bisa bawakan”
Aku merasakan mereka ini sangat miskin. Keluar bekerja awal pagi dan pulang lewat malam, dan apa yang difikirkan sepanjang masa ialah UANG, UANG dan UANG. Mungkin atas sebab ini jugalah budaya memberi tips menjadi sangat berleluasa. Bila kita nak keluar parking, maka bersedialah dengan 1,000 atau 2,000 rupiah. Pasti akan ada orang di belakang kereta korang yang nak tolong korang keluar parking, walaupun jalannya kosong tanpa kereta!
Ini aku belum cerita lagi bagaimana mereka menjual bermacam-macam benda dari tingkap kereta ke tingkap kereta semasa kesesakan lalu lintas. Malah ada pengemis cacat yang sanggup berbaring di atas jalan raya, 2-3 inci cuma dari terkena tayar kereta yang lalu.
Semuanya kerana UANG.
Maka, mampukah mereka ini mendengar idea kita tentang Good Governance, Corruption ataupun Negara Islam, sedangkan telinga mereka terngiang-ngiang bunyi perut anak mereka yang kelaparan.
Agaknya, inilah yang dirasakan oleh si penjual buah di Tunisia sebelum ia membakar diri, dan memulakan revolusi Jasmin.

Entri yang santai but punyai mesej yang sangat dalam. Indonesia memang begitu, jika kita pergi berduit akan dilayan seperti raja. Tapi semuanya bertips lah.