Kawan dan Perubahan

Saya ada 2 orang kawan. Dua-duanya saya kenal di sekolah. Dan kami masih berhubung sampai sekarang.

Kawan 1

Saya kenal dia sejak Form 1. Dia sekelas dengan saya sejak Form 1 sampai Form 5. Tapi masa Form 1, dia bukan kawan saya. Tapi dia musuh saya. Selalu gaduh. Dia la yang cari pasal dulu. Tapi lama-lama kami jadi baik. Tak sangka pulak.

Bila saya fikir balik, antara sebab kami jadi rapat adalah kami berdua tak suka ikut cakap abang-abang Form 5 yang bodoh. Kami nak buat qiam mereka tak bagi. Tapi kami selamba je buat qiam. Tidur dekat surau walaupun ada Form 5 tak puas hati. Kononnya Form 1 kena balik bilik. Kami buat tak endah. Kami tidur juga di surau. Warden pun sokong kami bila kami minta kebenaran.

Saya ingat lagi, dia selalu bawa satu buku agama ni. Saya dah lupa tajuk sebenar. Samada “Solat-solat Sunat” ataupun “Menyucikan Hati”. Ala, buku-buku agama macam yang terbitan Jahabersa dan Darul Nu’man tu. Kadang-kadang saya pun baca juga buku tu. Apa orang kata, ‘peer pressure’?

Tu masa Form 1. Masa Form 2 kami masih lagi macam tu. Tapi dah semakin banyak tugas. Saya dilantik jadi Pengawas. Bila jadi Pengawas lagilah rasa nak lawan je cakap abang-abang Form 5 yang bodoh tu. Dan dia pun selalu sokong saya. Kami selalu escape House meeting. Kami juga tak nak buat apa yang abang Form 5 suruh buat. Ada sekali ni, abang Form 5 bagi 2 posen kemudian suruh kami beli 3 bijik burger kat kantin. Ada ke patut. Kami buat bodoh je. Saya rasa kuat masa tu sebab ada kawan macam dia. Masa Form 3 lagi best ceritanya. Tapi tak perlu la saya cerita panjang. Saya bagi hint je; High Council.

Tapi sejak Form 2, dia dah lain sikit. Masa Form 1 dia selalu serius tapi bila dah Form 2, dia selalu buat lawak. Ramai orang berkawan dengan dia. Saya tak kisah pun dia dah jadi kelakar, tapi saya perasan, sikit-sikit dia hanyut dengan kawan-kawan. Ye la, kalau orang berkawan dengan kita sebab kita kelakar, semestinya akan penuh gelak ketawa persahabatan tu. Tapi bila dah kuat sangat ketawa, hati boleh jadi kering. Betullah kata sebilangan ulama’.

Hadith nabi pun ada sebut: Jangan banyak sangat ketawa kerana ia akan mematikan hati

Kemudian masa Form 5, saya rasa dia makin lain daripada semasa dia Form 1. Walaupun kami masih lagi rapat dan sama-sama membantu Badan Pelajar Islam (BPI), tapi saya perasan dia dah mula buat perkara-perkara yang kurang sesuai untuk dibuat. Contohnya, kadang-kadang dia mencarut yang ringan-ringan, kadang-kadang dia ketawa berdekah-dekah. 

Kemudian, saya jumpa dia lagi lepas sekolah. Kawan-kawan yang dia rapat pun bukanlah orang yang terbaik untuk membimbing dia. Sepatutnya dia yang bimbing mereka ni, tapi saya kenal dia. Dia lebih senang untuk mengikut dan dipengaruhi daripada diikut dan mempengaruhi.

Selepas saya masuk universiti, saya ada juga jumpa dia. Dia memang dah berubah banyak. Mencarut dah jadi perkara biasa. Kawan-kawan dia pun ialah kawan-kawan dia untuk bersuka ria. Bila bercakap dengan dia, jarang keluar perkara-perkara yang serius. Samada buat lawak ataupun cakap pasal perkara sia-sia. Perkara lagho kata orang.

Dulu saya jangka kami akan sama-sama di jalan Allah ini. Sama-sama membantu sama lain. Berbincang, merancang, merencana dan bekerja. Tapi harapan tinggal harapan. Mungkin silap sendiri sebab asyik menjadi pasif. Sangat jarang saya bertindak untuk menasihatinya.

Astaghfirullah.

Cerita Kawan 2 bakal menyusul

Sahabat yang mulia

3 comments so far

  1. insan biasa on

    semoga si kawan itu berada sama di jalan ALLAH..
    insyaALLAH

  2. akmalamri on

    @insan biasa

    insyaAllah. kita sama2 doakan dan jangan pernah putus asa. Bak kata seorang ulama’ (x ingat la pulak nama dia) “Kita hanya pengajak, bukan penghukum”

  3. […] 26/05/2009 at 22:37 (Uncategorized) Setelah sekian lama tidak menulis, tibalah saatnya untuk aku menulis tentang  kawan 2. Lanjutan daripada artikel INI […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: