Cerita Fiksyen

Ada sebuah famili. Diorang ada 3 orang anak, A, B, dan C. 

B dan C merupakan anak angkat mereka. Apa maksud anak angkat? Anak yang bukan lahir daripada kedua ibu bapa itu sendiri. Kemudian diambil dan dilayan seperti anak sendiri.

Mereka dibesarkan dengan baik. Tapi bila nak mainan, mak dan ayah akan belikan mainan yang besar untuk A tapi mainan kecik sikit untuk B dan C. Sebab mereka anak angkat je.

B merupakan anak yang paling bijak. C anak yang sangat rajin.

Mereka pergi sekolah. A dapat duit belanja lebih sikit. Sebab dia anak kandung.

Mak dan ayah juga belikan A buku rujukan yang banyak. Anak angkat belajar pakai buku teks je. Kadang-kadang A bagi B & C pinjam buku dia. Kadang-kadang tak.

Kemudian A, B dan C dapat masuk universiti. Mak dan ayah bayar yuran pengajian A. Manakala B dan C kena buat pinjaman dengan kerajaan. Mak dan ayah nak mereka bayar sendiri pinjaman tu bila dah kerja nanti. Mana boleh manja-manjakan anak angkat.

Lepas universiti, B berjaya. Dia dapat buka syarikat sendiri. Perniagaan besar. Duit banyak. 

Lepas universiti, A kurang berjaya. Dia kurang excel dalam stadi. Tak dapat cari kerja.

Lepas universiti, C pun kurang berjaya. Markah dia lagi teruk daripada B. Tak dapat kerja jugak.

Ayah ada syarikat sendiri. Sebab kesian A tak dapat kerja, dia pun tawarkan kerja kat syarikat dia. C anak angkat. Ayah suruh C usaha lebih lagi untuk cari kerja.

C bersungguh-sungguh usaha. Dia belajar kemahiran baiki motosikal. Kemudian dia buka bengkel. Nak pinjam duit ayah, ayah tak nak bagi. Sebab ayah kata, duit ayah untuk anak kandung ayah je. C pinjam dengan bank.

Bengkel C maju. Boleh bukak kedai besar lagi. Sampai satu masa, syarikat C jadi bertambah besar. Lagi besar daripada syarikat ayah. C kemudian buat kerjasama dengan syarikat B. Mereka jadi kaya.

A seronok kerja kat syarikat ayah. A bebas nak buat apa saja. Tidur siang pun ayah tak marah. Mana boleh marah anak kandung. Anak ayah ni.

Tamat.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: