Kawan dan Perubahan 2

Setelah sekian lama tidak menulis, tibalah saatnya untuk aku menulis tentang  kawan 2. Lanjutan daripada artikel INI

Kawan 2

Aku kenal dia sejak Form 1 juga. Tapi masa tu takde la kenal sangat. Aku mula kenal dia betul-betul bila dah naik Form 2, tapi tak berapa ingat. Aku dan dia bukanlah rapat mana tapi kenal la. Almaklumlah, batch kami ada lebih kurang 100 orang je dan semuanya hidup satu blok.

Aku bertambah rapat dengan dia bila kitorang sama-sama naik Form 5. Selalu jumpa dan berborak. Gelak2. Study sekali.

Macam mana dia semasa sekolah?

Dia pakai short, ada kalanya mencarut dan banyak lagi perbuatan tak elok yang dia pernah buat. Malas nak cerita. Lagipun tak ingat sangat dah, sebab pada masa tu golongan macam tu adalah golongan tipikal. Ramai sangat. Tak kuasa nak ingat satu-satu. Lagipun kita diajar supaya lupakan keburukan orang lain. Alhamdulillah, sifat aku yang mudah lupa ni sangat membantu. (tapi kebaikan orang pun aku lupa jugak, apa kes? haha)

Namun, semenjak keluar sekolah, aku dah jarang dengar pasal dia. 2 tahun lepas tu baru aku dapat tahu yang dia agak cemerlang dalam pelajarannya. Sekarang ni di universiti. Dan yang paling aku sedap hati dengar ialah dia sekarang ni dah berubah. Ada orang bagitahu aku dia rajin ikut usrah. Selalu mencari tarbiyah. Walaupun sifat nakal dia tetap ada, tapi segalanya pada pandangan aku dalam lunas syarak.

Dan yang paling aku suka ialah dia sekarang dah jadi pendokong Islam. Kalau tak silap, dah menjadi pendokong gerakan Islam terbesar di Malaysia, PAS. Biarlah apa pandangan orang lain pasal PAS, tapi memandangkan dasar PAS ialah Islam, aku syukur. 

Syukur sebab kawan aku ni dah jumpa cahaya dalam perjalanan hidupnya. Bukanlah nak kata hidup dia selama ni dalam kegelapan. Aku bukannya orang yang layak untuk berkata begitu. Malah, tiada siapa yang layak untuk mengatakan si fulan ini berada dalam kegelapan. Kita pendakwah hanya pengajak, bukan penghukum (Anon, 1900s).

Seperti dalam kisah sebelum ini, aku tetap sedih.

Sedih dengan diri sendiri kerana dulu aku tak usaha pun untuk ajak dia sama-sama ke jalan ni.

Sedih sebab cepat sangat nak letakkan ‘judgement’ pada seseorang.

Sedih sebab tak dapat sama-sama dengan dia dalam kembara mencari Tuhan.

Astaghfirullah. Ampunkan aku Allah.

Wallahu’alam

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: