Jadi cikgu

Entry kali ini tidak boleh berbaur luahan mahupun muhasabah. Nanti orang ingat aku tengah emo dan stress exam. Padahal aku bergelak tawa je dekat prayer hall library ni.

Maka, aku nak share dengan korang kaedah untuk menjadi guru ganti di sekolah-sekolah di Malaysia. InsyaAllah aku plan nak buat mende ni masa cuti summer nanti. Tapi tak tahu la ada masa ke tidak… Sibuk je nampak gayanya… Tapi apa yang aku nak isi dalam CV nanti? Kata nak kerja sini tahun depan… Adeih..

 

Ini dia, perkongsian daripada sahabat saya dari Cardiff.

Pergi ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di daerah anda dengan membawa dokumen salinan seperti:

1. Surat beranak
2. IC
3. Sijil SPM
4. Surat tawaran belajar degree di Warwick
5. Sijil IELTS
6. Atau sijil2 akademik yang berkaitan sahaja. sijil kokurikulum tak payah.

Masuk ke PPD, tanya pegawai kaunter itu soalan ini,
‘Bolehkah saya isi borang untuk jadi cikgu ganti sementara?’

Haaa…kemudian, pegawai tu akan bagi borang tu dan isilah dengan sepenuh hati.

Kebanyakan sekolah perlukan guru yang mengajar bahasa Inggeris. Jadi kebolehan untuk mengajar bahasa Inggeris sangat diperlukan. Kalau dah tengok sijil belajar kat Oversea, Inshaallah tak jadi masalah. Tapi depends kepada pihak sekolah jugak la dia nak bagi kita mengajar subjek yang mana.

Untuk dapat surat tawaran pulak  bergantung kepada kekosongan cikgu. contoh kalau ada cikgu bersalin atau cikgu berkursus. Tempoh pulak boleh sampai 3 bulan. Tapi biasanya 2 bulan ja.. cikgu cuti bersalin kan 2 bulan ja…hehe..

Gaji pulak, kalau guna result SPM, RM 40 sehari. Kalau dah ada qualified degree, RM 90 sehari. hehe..beza banyak tu.  Tapi yang saya selalu dpt, RM 40 sehari.

5 comments so far

  1. zahida on

    perkongsian yg menarik!! best2
    boley la cuba balik summer ni, selalu nk try tp x tahu caranya, ;p
    btw kalau tempoh kita jadi tu x sampai 2 bln tempoh guru bersalin tu, still diterima ke?

    • akmalamri on

      entah la.. sy pon xtahu.. nnt sy tanya org tu.. hehe.. btw, sy pon plan nak buat sebulan je.. if time permits

  2. MahFuzaH on

    serious la..ini mmmg copy & paste abih nii.. sebijik-sebijik pulak tu..

    • akmalamri on

      hehehehe…. maap la ye. mende baik kene kongsi.

      nak saya keluarkan ke? maaf xmintak kebenaran.

  3. MahFuzaH on

    Takpe je. anonymous. [good]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: