Main ganti-ganti

Dr Mansor Othman menang di PRK Dun Penanti. Sumber tidak rasmi mengumumkan beliau memperoleh majoriti 6,000 lebih.

Berita yang lebih best: Dr Mansor akan menggantikan Fairus sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Wah, semudah itukah? Rasanya beliau bukannya orang yang selalu terlibat dengan politik barisan hadapan sebegini. Kenapa tidak diberi kepada orang lain yang dah lama berjuang? Yang dari dulu tak jemu-jemu bertanding dan menjadi pembangkang entah berapa lama di DUN Pulau Pinang itu.

Aku tak berapa ikut perkembangan PRK Penanti, tapi aku rasa alasan kenapa Dr Mansor juga yang perlu jadi Timbalan Ketua Menteri ialah supaya ada keseimbangan. Ye lah, Ketua Menteri dah orang Cina, Timbalan kenalah bagi orang Melayu.

Tapi, aku lagi gemar dengan prinsip keadilan. Keadilan = justice, bukannya keADILan. Memberikan sesuatu kepada yang hak. Tidak berlaku zalim yakni tidak meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.

Islam itu adil dan kita mengaku Islam. Di mana kita letakkan keadilan?

Lepas ni, katakanlah mahkamah putuskan yang DS Najib ada kaitan dengan Altantuya, jadi Najib terpaksalah letak jawatan. Kalau aku bertanding kat Parlimen Pekan lepas tu aku menang, so aku boleh jadi PM la kan?

Selamat exam.

~artikel ini ditulis tanpa sebarang nilai intelektual mahupun pengalaman. tiada kajian yang dilakukan dan segalanya diluahkan dalam masa 10 minit di kala penulis menghilangkan penat lepas balik dari carboot sale~

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: