Dia makan ****, kita makan ****

500 ikut jejak Hashim jika keluar UMNO

Membaca berita tersebut, saya sungguh kecewa. Kecewa dengan tahap pemikiran orang kita. Apakah tindakan akal dan hati kita sepatutnya berkiblatkan individu? Mereka ni ahli UMNO atau ahli Kelab Penyokong Shahidan?

Semudah itu manusia dibonekakan. Hanya kerana mengagumi ketokohan seseorang, manusia itu bisa dilentur walaupun umur dah jauh melangkaui rebung? Mana perginya fungsi akal dan hati yang Allah anugerahkan?

Haih… Manusia manusia.

Ini baru Shahidan, dah beratus-ratus orang jadi lalang. Kalau Akmal?🙂

Haih…

Sedangkan Rasulullah yang sempurna dan ‘maksum’ itupun Allah larang kita bergantung harap kepadanya, inikan manusia biasa bernama Shahidan mahupun Najib malah Nik Aziz sekalipun. Teringat kisah selepas kewafatan Rasulullah, bilamana Umar menjadi tidak keruan sekejap dan menghunus pedangnya dan menyebut,

“Aku akan pancung sesiapa yang kata Muhammad dah tiada” (lebih kurang macam tu la maksudnya)

Kemudian berdiri Abu Bakar as-Siddiq yang disegani dan berkata sesuatu sebelum membacakan sepotong ayat al-Quran daripada surah Ali Imran ayat 144:

Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau dia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka dia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu)

Dalam kita sibuk nak mengata orang, mari kita cek balik diri kita. Ada tak kita buat mana-mana keputusan kerana seseorang?

Nak ambik biasiswa Bank Negara sebab akak yang jaga Bank Negara tu baik

Nak pergi Matriks yang ini sebab kawan baik kita pun pergi Matriks yang ini

Nak pergi UK sebab kat UK ada Hamza Yusuf (hehe… ade ke orang macam ni?)

Nak sokong PAS sebab PAS ada Nik Aziz

Nak sokong UMNO sekarang sebab Presiden UMNO sekarang ialah Najib

ataupun semudah

Nak pergi talk tu sebab si ‘dia’ suruh, atau

Tak nak pergi program ni sebab si ‘dia’ tak bagi

Inilah antara sebab kenapa status Facebook aku pernah berbunyi begini:

Wanita, jadilah kamu mereka yang menilai dengan akal dan memilih dengan hati

Lebihkan akal daripada hati kelak tindakan tidak serasi

Lebihkan hati daripada akal kelak keputusan sekadar mengikut emosi

Masuklah kamu ke dalam golongan yang berfikir

Suami hanya membantu keputusan bukan memaku pilihan

Kenapa aku guna perkataan ‘wanita’? Sebab aku nampak perkara ni lebih cenderung berlaku di kalangan perempuan, yang tindakan mereka dikawal lelaki. Tak kisahlah pasangan halal ke pasangan haram, but still… Tapi lepas baca berita pasal 500 orang lelaki ni (i assume), macam sama je lelaki ke perempuan.

Teringat kata-kata yang agak klise masa kecil-kecil dulu:

Kalau dia makan t**i, ko pun nak makan t**i jugak?

2 comments so far

  1. Zaytuna Institute on

    Salam.

    Hamza Yusuf kat US, bukan kat UK. Antara orang kuat Zaytuna Institute.

    Btw, bukan lelaki suka ke perempuan yang akur, taat, patuh, senyap, penurut, dll yang seangkatan?

    -AY-

  2. akmalamri on

    salam

    haha.. no wonder i felt so wrong writing it. rupanya salah. thanks for the enlightenment. tapi biar je la kat situ. xyah tukar. nampak exotic sket (???)

    oh, ye ke? mungkin la. tapi kalau perempuan yang patuh macam ayam dan kambing (ayam dan kambing patuh ke?), lama2 bosan jugak. (ceh, macam berpengalaman habis)

    tapi i would prefer the one who can thinks and decides and her own, sometimes being critical. again, sometimes. hehe.

    p/s: got anyone to recommend?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: