Tunggu Aku Baik Dulu

Babak 1

“Ko tahu kan yang dakwah tu wajib ke atas semua orang, lebih-lebih lagi dengan keadaan kita yang  tiada khilafah ni,” ujar Zulkarnain yang cuba meyakinkan Samad untuk bersama-sama di jalan dakwah ini.

“Aku tahu, aku faham ayat 110 surah Ali Imran tu. Semua orang wajib berdakwah. Tapi aku ni belum cukup baik lagi la nak ajak-ajak orang ni. Nak tegur orang, diri sendiri mesti betul dulu kan? Jadi aku ingat aku nak baiki diri aku dulu lah. Tunggu aku baik dulu barulah aku join dakwah ni” jawab Samad yang agak keberatan untuk memikul tugas sebagai seorang pendakwah, yang diketahuinya adalah wajib.

Babak 2

“Terima kasih cu. Nenek memang tak sangka akan ada orang tolong nenek untuk lintas jalan. Ye la, waktu orang nak masuk pejabat macam ni mana ada orang nak berhenti.” Begitulah kata-kata yang diungkapkan oleh seorang nenek tua yang dibantu oleh Zaman untuk melintas jalan.

“Sama-sama nek. Tak ada apa-apa pun. Mudah je, tak sampai 5 minit pun.” Zaman gembira dapat membantu nenek tersebut.

Kemudian terdetik di hati beliau, “Uih, baiknya aku. Orang semua sibuk nak pergi kerja tapi aku boleh luangkan 5 minit untuk tolong nenek tu. Bagus jugak aku ni ye”

Dakwah dan Jadi Baik

Bagaimana? Apa yang korang nampak daripada kedua-dua babak rekaan di atas?

Apa yang berlaku di babak 1 adalah suatu perkara yang SANGAT common di kalangan kita. Ramai sahabat kita yang berkeadaan sedemikian rupa. Dan mungkin kita sendiri punya perasaan yang sama.

Situasi di babak 2 adalah yang sangat jarang berlaku kepada kita, namun antara sedar ataupun tidak, perasaan tersebut yang disebut sebagai ‘ujub sering hinggap di hati kita tatkala kita selesai berbuat suatu kebajikan.

Bila mana kita masukkan 5 pound ke dalam tabung masjid, kita kagum betapa pemurahnya diri kita ini.

Bila mana kita bermanis muka dan ber’husnuzon’ dengan sahabat-sahabat kita, kita kagum betapa sucinya hati kita.

Bila mana kita sibuk membaca Al-Quran sebelum solat sementara rakan-rakan yang lain sibuk berborak bertukar cerita, kita kagum dengan diri kita.

Kita sentiasa kagum dengan kita. Kagum sebab itu. Kagum sebab ini. Walaupun kagum itu jauh di sudut hati.

Itulah ‘ujub.

Ringkasnya, apabila kita rasa kita baik, kita sudah termasuk ke dalam golongan orang yang ‘ujub. Malah boleh menjadi takabbur mahupun riya’.

Mari kita tengok balik babak 1.

“… Tunggu aku baik dulu barulah aku join dakwah ni”

Cuba fikirkan balik implikasi pernyataan di atas. “Tunggu aku baik dulu”.

Kenapa kita selalu nak tunggu jadi baik dulu?

Kerana kita rasa kita berdosa.

Kerana kita rasa kita tidak layak untuk berdakwah.

Teringat aku kepada sebuah ceramah yang menyebut keadaan kita sebagai hamba. Sebagai hamba Allah yang tidak maksum, kita mestilah rasa berdosa setiap masa. Itu tanda iman. Tanda kita hamba. Kalau kita tak rasa yang kita ni dah tak ada dosa, maknanya iman kita ada masalah.

Jadi rasa berdosa adalah satu perasaan yang kita PERLU ada. Sedangkan seorang pendakwah besar yang terkenal pun kata dia orang yang fasik (banyak berbuat dosa), inikan pula kita.

Kalau kita menolak untuk berdakwah sekarang kerana kita rasa kita berdosa, kita SALAH. Rasa berdosa itu NORMAL, malah rasa berdosa itu baik untuk iman kita.

Jadi bila kita kata

“Tunggu aku baik dulu barulah aku join dakwah ini”,

apa yang aku faham ialah kita kata

“…Tunggu aku rasa ‘ujub dengan diri aku dulu barulah aku join dakwah ini”

Na’uzubillah.

3 comments so far

  1. su_zul on

    Salam.still stick to your 4th blog.. da istiqamah da ni.. alhamdulillah. all da best for your exam^_^
    salam imtihan dari yang telah merdeka dari exam tajwid..

  2. zafiqa on

    salam…nak kongsi pandangan sket…

    kenapa perlu jd baik sblm berdakwah???

    stigma masyarakat…semua memandang org yg berdakwah ni seharusnya baik, sempurna and etc…sedangkan kita juga manusia yg kadangkala melakukan kesilapan…

    jd baik tu tak bermakna kena ‘buat baik’ dgn cara yg org boleh nmpk kita baik…sy rasa jd baik yg lebih sesuai di gunakan maknanya ialah ‘berubah’ ke arah yg lebih baik…

    contohnya…klu dulu lepas solat subuh terus siap2 gi kerja…tp skrg cuba bgn awal sket n spare masa utk baca al-ma’thurat…perubahan begitu org x nmpk…x de org nak puji…so x de agen penggalak nak jd ujub/riak…

    sekadar pandangan…sy pon x de la bergiat aktif dlm aktiviti dakwah…tp kita cuba agar apa yg kita lakukan boleh memberikan tarbiyah kepada org lain…
    wallhualam…

  3. hilman on

    salam.

    best2. mintak copy :p


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: