Perbalahan yang membawa rasa segan

Baru sahaja selesai sebuah talk di Warwick Univ pada pukul 10 tadi. Amat JARANG Warwick mengadakan talk yang menjemput speaker dari Malaysia. Alhamdulillah, warga Postgrad dari Malaysian Coventry Society (MCS) mengambil inisiatif untuk mengadakannya. Yang dijemput pun bukan calang-calang orangnya, dialah Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman.

Seperti biasa, talk kali ini mengumpulkan ramai warga Warwick walaupun diadakan pada hari Sabtu. Yang peliknya, yang paling ramai tidak hadir ialah 1st year. Berjalan-jalan mengenal UK barangkali. Lagipun promosi (yang diuruskan oleh saya) bermula sangat lambat.

Ramai yang membawa makanan yang sedap-sedap sebagai menyahut tema program iaitu Potluck. Namun ada juga yang tidak membawa makanan kerana risau pembaziran yang bakal berlaku.

Tajuk talk hari ini ialah Ibadah Haji dan Korban. Walaupun isi talk ini begitu mudah untuk dijangka, namun pengisian yang dibawa oleh UZAR amat menarik. Semua memberi perhatian penuh, kecuali anak-anak PG yang seronok bermain di dunia mereka sendiri.

Itu adalah latar tulisan ini. Talk UZAR di Warwick pada Sabtu malam.

Dalam banyak-banyak perkara yang disampaikan malam ini, ada satu perkara yang begitu menyentuh saya untuk berkongsi. Bila abang Zikri, bekas penghulu bertanyakan pendapat UZAR tentang isu penangkapan Dr MAZA dan Wahabi.

Penjelasan yang begitu ringkas dan padat telah diberikan oleh UZAR. Syabas. Namun, yang paling terpahat di memori saya ialah reaksi audiens semasa mendengar ringkasan perbalahan yang berlaku antara 2 pihak, iaitu ‘The So-Called Wahabi’ dan juga ‘The Wahabi Labeller’.

Cuba teka apa reaksi audiens selepas mendengar penjelasan UZAR?

Betul, mereka ketawa.

Tidak dinafikan pembawaan UZAR yang bijaksana membuatkan audiens terpaku, dan lawak jenaka serta susunan perkataan boleh membantu mengekalkan tumpuan audiens; tapi secara jujurnya, kisah-kisah sebegini memang layak ditertawakan.

‘Mengaji tinggi-tinggi, boleh jugak jadi macam ni?’ Fikir saya sendiri.

Jadi apa penyelesaiannya? Berlapang dada. Perkataan yang sering disebut. Malah ada yang ketawa bila perkataan ini sering disebut.

Tapi benar, berlapang dada ialah langkah terbaik. Saya suka untuk mengambil maksud berlapang dada secara literal.

Bila kita tengok orang buat sesuatu yang kita tak setuju, kita akan rasa berat dan sempit di dalam dada kita.

Maka kita perlu LAPANGkan dada tersebut. Cara paling mudah, tarik nafas dalam-dalam, dan hembus. Kemudian senyum.

Justeru, jika para bijak pandai, tidak kisahlah dalam bidang agama atau mana-mana bidang, bila mana ada seseorang membawa idea yang tidak kena dengan kepercayaan kita, berlapang dadalah. Tidak sama dengan kita bukan bermakna tidak benar. Macamlah kita tu betul sangat.

Dan yang membawa idea baru, berlapang dadalah dengan orang lain yang masih dengan idea lama. Berlapang dada. Dan bersangka baik.

Kalau orang yang belajar tinggi-tinggi pun macam ni, tak payah bising la kalau ada keluar berita tentang budak sekolah bergaduh. Yang dah habis sekolah pun gaduh lagi, inikan budak sekolah!

Dan ingatlah, kita semua berkongsi badan. Maka kita ada paha yang sama. Bila dicubit paha kiri, paha kanan pun terasa sakitnya! (heh, apakah ini?)

Sudah-sudahlah dengan perbalahan yang membawa rasa segan.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: