Nak ke Tak Nak?

Terasa ingin menulis di saat peristiwa ini masih panas.

“Where do you live?”
“Earlsdon, Coventry. What about you?”
“I live in Coventry too. Do you know Hillfields?”
“Yes, I have heard of it and I think I have been there once. But I am not really sure where it is.”
“Are you leaving? And how are you going back?”

*****************************************

Malam ini aku pergi semula ke Universiti pada pukul 7 malam kerana ada perjumpaan Warwick Speakers (sebuah kelab ‘public speaking’ yang menggunakan model Toastmasters International). Memandangkan sudah lewat petang dan parking di universiti pula free selepas 6pm, aku pun memandu sahaja ke Uni.

Sebelum ke Warwick Speakers, aku menjenguk sebentar ke talk sempena Palestine Solidarity Week di L4, yang disampaikan oleh Ismail Patel, pengasas Friends of Al Aqsa. Usai talk tersebut, aku bergegas ke Warwick Speakers di S0.19.

Satu lagi perjumpaan yang menyeronokkan apabila banyak wajah baru mencuba teknik public speaking. Setelah tamat pada pukul 9.15pm, aku terus bergegas ke Prayer Hall untuk menunaikan solat Isyak, yang asalnya dirancang untuk ditunaikan pada pukul 6.15pm di situ juga.

Sampai sahaja di sana, Qadri dan seorang lagi brother yang membuat PhD sedang solat sunat, maka aku terus solat sendirian. Doa sudah dibaca, tasbih tahmid dan tahlil dibaca sambil berjalan kerana risau kereta di’clamp’ kerana diparkir di petak disabled, aku terus bergegas untuk keluar.

Tiba-tiba brother PhD tadi menegur aku. Aku dengan murah hati melemparkan senyuman dan melayan setiap pertanyaannya dengan seikhlasnya. Kemudian, dia bertanya,

“Where do you live?”

Aku mula resah.

“Earlsdon, Coventry. What about you?”

“I live in Coventry too. Do you know Hillfields?”

“Yes, I have heard of it and I think I have been there once. But I am not really sure”

“Are you leaving? And how are you going back?”

“I drive tonight. Do you want to join me?”

“Oh, I also drive. I planned to offer you a lift at first. It’s ok then”

Dan kami pun terus bersembang tentang kereta dan aku menceritakan betapa mahalnya kereta di Malaysia.

**********************************************

Kisah ini sekadar perkongsian tentang apa yang aku rasa malam ini. Kenapa aku resah apabila ditanya di mana aku tinggal?

Asalnya aku cuba untuk tidak bercakap tentang kepulangan ke rumah dengan menaiki kereta kerana aku terasa MALAS untuk memandu ke tempat lain selain rumah aku. Tapi nampaknya batang hidung aku terkena peringatan yang dizahirkan melalui kebaikan yang ditunjukkan oleh brother tersebut.

Betapa dia sanggup untuk menghantar aku pulang ke rumah, sedangkan jauh di sudut hati aku, aku cuba untuk mengelak daripada bercakap tentang hal-hal yang boleh menyebabkan aku menghantarnya pulang.

Apa ni.. Kata Erti Hidup Pada Memberi.

Jangan sekadar menjadi slogan yang retorik. Ingat Akmal.

3 comments so far

  1. JHaZKiTaRo on

    salam dari bumi Dublin, Ireland.. blog hopping.. rajin2, datang la singgah blog hamba..🙂

  2. hilman on

    xle blah.

    “Dan kami pun terus bersembang tentang kereta dan aku menceritakan betapa mahalnya kereta di Malaysia.”

    haha

  3. akmalamri on

    @jhazkitaro – insyaAllah akan menjenguk ke blog anda. tapi saya ni bukannya blog hopper, so sgt jarang la baca blog org.. terima kasih kerana mengunjungi

    @hilman – haha… dah bila aku citer pasal kereta aku, die tanya la apesal semangat sangat beli kat sini nak bawak balik…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: