EWB1: Yahudi dan Hari Sabtu

East, West and Beyond (EWB), suatu program seminar satu hari di Birmingham yang telah lama dinanti-nantikan telah pun berakhir. Masa berlalu dengan begitu pantas, dan aku kini ada 24 jam sahaja sebelum menghantar esei Marketing Management yang masih belum mula ditulis.

Kembali kepada EWB:

Pujian wajar dilontarkan kepada warga kerja EWB terutamanya Pengarahnya, Azri YB yang agak rapat dengan aku. Bukan mudah mengemudi sekelompok manusia yang sebelum ini tidak pernah disatukan di bawah satu organisasi malah tinggal berselerakan di bumi Birmingham yang juga merupakan bandar kedua terbesar di England selepas London. Banyak luahan dan masalah yang Azri kongsi dengan aku tapi aku sangat kagum dengan ketabahan dan kemampuan Azri mengatasinya. Tahniah sekali lagi Azri!

Satu lagi pujian wajar diberikan kepada peserta, terutamanya yang lelaki. Tidak pernah lagi sebelum ini aku melihat jumlah peserta lelaki lebih kurang sama banyak dengan peserta perempuan. Barangkali, kerana program ini percuma. Kesimpulan mudah, lelaki dan perempuan sama tinggi keinginan kepada ilmu, cuma lelaki lebih berkira dan terlalu berkira-kira.

Percuma?


Ya, saya mahu!

Kena bayar?
Berapa ya? Saya fikir dulu ya…

Terlalu banyak pengisian yang diberi dan terlalu banyak pengetahuan yang aku dapat. Insya Allah akan aku kongsikan satu persatu di sini untuk mengelakkan pembaca berasa bosan dan terlalu tepu. Untuk baca secara kasar tentang program EWB, boleh la baca blog Huzaifah.

Satu perkara yang paling menarik perhatian aku ialah apa yang disentuh oleh Ustaz Erfino.

Pada hari Sabtu orang Yahudi memang tak buat apa-apa. Kita boleh tengok contoh di Golders Green, London. Kalau hari Sabtu, mesti lengang je bandar tu. Nak dijadikan cerita, ada seorang Malaysian yang jirannya orang Yahudi. Suatu pagi Sabtu, dia tak boleh nak keluarkan kereta dia sebab kereta jiran dia halang sikit. Jadi terpaksa la dia mintak jiran dia alihkan kereta tu.

Lepas ketuk pintu, jiran dia kata memang dia tak boleh nak tolong alihkan, sebab hari tu ialah hari Sabtu. Jadi dia bagi kunci kat sahabat Malaysia kita ni dan suruh dia alihkan sendiri

Walaupun cerita ini tujuannya adalah lain daripada apa yang aku nak sebut di sini, tapi aku rasa cerita ini sangat memberi impak kepada diri aku.

Cuba bayangkan kalau kita berada di tempat orang Yahudi tu tadi. Contohnya:

Seorang muslimat menghadiri interview di negara Barat dengan bertudung litup. Semasa interview tersebut, tiba-tiba salah seorang daripada Manager minta muslimat ni buka tudung dia sebab nak tengok keseluruhan wajah dia, termasuklah rambut.

Cuba teka apa respons yang secara umumnya orang Islam akan ambil?

1. SMS Ustaz Erfino (atau mana-mana ulama) dan tanya “Bolehkah saya membuka tudung semasa interview atas permintaan Manager saya?”
2. Lancarkan protes dan boikot syarikat tersebut, dan mereka yang menyokong tindakan Manager tadi
3. Terangkan kepada Manager tadi, dan bertegas tidak mahu buka tudung.

Saya yakin, walaupun di mulut kita akan kata tidak, tapi tindakan (1) dan (2) akan menjadi tindakan yang paling popular.

Tindakan (1) akan diambil atas sebab kita berasakan ‘inferior’ dan segan dengan agama pegangan kita.

Tindakan (2) pula diambil kerana kita MARAH mereka ingin mempersendakan Islam.

Tapi adakah ini sesuai dengan konsep Islam sebagai Rahmat Kepada Seluruh Alam (bukan Muslim sahaja)?

Mari kita kembali kepada apa yang dilakukan oleh orang Yahudi itu tadi. Dia bertegas yang dia tak boleh buat apa-apa pada hari Sabtu. Kita mungkin fikir apa yang dia fikir itu karut dan tak rasional.

Tapi apa pula yang orang bukan Islam fikir terhadap kita yang kena pakai tudung? Kita yang tak boleh bersentuh lelaki perempuan? Tak keterlaluan kalau ada sesetengah mereka juga fikir kita karut. Kita tidak rasional.

Namun walaupun kita mungkin fikir amalan Yahudi pada hari Sabtu itu karut atau tidak rasional, dia tidak segan dengan ajaran tersebut. Dia tidak bersikap inferior. Sebaliknya dia bertegas dengan ajaran agamanya. Tidak salah kalau aku katakan, daripada peristiwa ini, orang yang tidak faham amalan Yahudi pada hari Sabtu akan balik ke rumah dan cari maklumat tentang perkara ini.

Nah! Bukankah tindakan orang Yahudi tadi membuka ruang untuk persefahaman? Persefahaman yang membawa kepada perhubungan yang lebih baik?

Maka itulah yang kita perlu lakukan. Iaitu:

1. Bertegas dengan apa yang agama kita ajar (Stand up for our beliefs)
2. Buka ruang untuk persefahaman (Habit 5: Seek first to understand then to be understood)

Wallahu’alam.

2 comments so far

  1. kuburan on

    Tapi Yahudi bukan agama untuk disebarkan, sebab tu diorang suka hati je nak kerek.

    Lain kot dengan Islam, agama yang wajib disebarkan. Jadi interaksi antara Islam dan bukan Islam masih ada kelonggaran.

    Contoh buka tudung tu terlalu ekstrim rasanya. Tak wajar dikiaskan dengan contoh Yahudi tak mahu keluar rumah pada hari Sabtu.

    Yahudi itu mungkin bernasib baik kerana berhadapan dengan seorang Muslim yang diajar sifat toleransi dan faham akan konsep kehidupan beragama. Bagaimana pula agaknya kalau kedudukan orang Malaysia dalam cerita di atas, diganti dengan seorang Atheis, Agnostic atau orang jahil?

    Allah yubarik fikum. Allahu’alam.

  2. faris on

    pada pendapat saya,
    bukan masalah yahudi itu utk disebarkan atau dak, tp yg nk disampaikan benda positif yg bleh diambil dr situasi tu. jadi x rasa melampau pon klau dikiaskan dgn contoh buka tudung tu.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: