Tips Merry Christmas

Mungkin ada di kalangan kita, pada esok hari iaitu hari terakhir bagi Term ini, yang akan berjumpa teman-teman non Muslim terutamanya British. Pastinya, sebelum mengakhirkan pertemuan, ucapan ‘See you later’ ataupun ‘Have fun’ akan diucapkan.

Namun esok hari, bukanlah ucapan biasa yang akan kita gunakan. Cuti 4 minggu ini adalah cuti Krismas. Sudah tentu dilihat perlu untuk kita saling mengucapkan ‘Merry Christmas’ terutamanya kepada teman-teman non Muslim.

Tapi akan ada persoalan akidah di situ; adakah dibolehkan untuk kita mengucapkan ‘Merry Christmas’ sempena perayaan agama Kristian yang akan mereka sambut? Tidak perlu untuk saya letakkan di sini link kepada artikel-artikel berkenaan isu ini. Tanya sahaja Haji Google, pasti bertimbun-timbun artikel yang akan dijumpai.

Yang pasti, amat jarang ada pendapat yang membenarkan amalan mengucapkan ‘Merry Christmas’ kepada non Muslim dan kalau ada pun, kita sendiri akan was-was. Seeloknya (atau paling kurang), kita letakkan isu ini dalam kategori Syubhah.

Sebentar tadi saya sudah pun menemui alternatif kepada persoalan ini. Kita boleh mengelakkan daripada mengucapkan ‘Merry Christmas’ tanpa mengabaikan budaya di sini yang begitu mengagungkan hari Krismas.

Apabila berjumpa dengan rakan non Muslim dan kita rasakan sudah tiba masa untuk berpisah, cepat-cepat ucapkan ‘Enjoy your Holiday mate!’ ataupun ‘Have fun during the holiday.’

Saya jangkakan, rakan kita yang mendengar ucapan tersebut kebanyakannya akan respons begini:

‘Yeah, you too. And Merry Christmas!’

Nah! Apa lagi, dia dulu yang sebut Merry Christmas. Kita pun jawab sahaja la dengan ringkas,

‘You too!’

InsyaAllah saya berasa lebih tenang untuk bertindak sebegini. Secara tidak langsung, kita meraikan kewujudan sambutan Krismas yang begitu ditunggu-tunggu oleh mereka, tanpa kita perlu menyebut pun perkataan ‘Merry Christmas’ yang dikhuatiri boleh menggugat akidah.

Lebih baik berjaga-jaga daripada mengambil risiko di dunia dan menunggu keputusannya di hari Akhirat nanti.

Cubalah! Mudah bukan?

Wallahu’alam.

p/s: tapi saya tidak pasti jika ungkapan ‘You too’ itu juga boleh menimbulkan permasalahan, namun yang pasti, menyebut ‘You too’ adalah lebih ringan daripada menyebut ‘Merry Christmas’

1 comment so far

  1. rijalun_ameen on

    perkongsian yg baik akhi,

    nak tny, boleh ke tak sebenarnya ucap marry chritsmas ni sebenarnya.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: