Senior, usahlah jadi ‘senior’

Sekarang semua pelajar di UK sedang sibuk mengisi cuti mereka dengan apa-apa yang dirasakan bermanfaat, bergantung kepada ‘worldview’ masing-masing.

Ada yang pergi melancong menimba pengalaman, ada yang menghadiri program musim sejuk seperti PMS, PUISI dan FUIYO. Tidak kurang juga yang sekadar tinggal di bilik menyiapkan tugasan yang bertimbun. Terpulanglah, yang penting anda buat apa yang terbaik untuk anda.

Apabila kita imbas kembali 2 3 bulan yang berlalu, pelbagai pengalaman yang telah kita semua rasai. Dan bagi pelajar yang baru sampai, pengalaman yang paling dikenang mestilah hari-hari pertama datang ke luar negara. Saya yakin, ramai yang akan akui betapa kehadiran senior dalam membantu mereka untuk ‘settle down’ sangat memudahkan urusan. Secara kasarnya, senior lebih tahu di mana tempat untuk membeli barang yang murah dan bagaimana untuk membuat sesuatu dengan lebih efisien, maka pelajar baru tidaklah perlu bereksperimen dalam semua perkara. Tidak dinafikan mencuba sesuatu yang baru adalah sangat menyeronokkan, tapi kadang-kadang ada jalan mudah yang dapat jimatkan masa dan tenaga serta wang kita.

Namun ada satu fenomena yang agak menggamit fikiran saya. Apabila di peringkat universiti, para senior masih lagi menjadi ‘senior’!

Junior mesti ikut kata senior.
Senior mesti tahu apa yang junior buat.
Junior tak boleh buat apa yang senior larang.

Wah, beribu-ribu ringgit duit rakyat dihabiskan untuk datang sini, tapi masih lagi dengan mentaliti budak sekolah? Sedarlah, kalau beginilah hasilnya, lebih elok duit biasiswa anda digunakan untuk membina jambatan di Manek Urai tu!

Ramai memandang peluang belajar di luar negara ini akan menghasilkan graduan yang berfikiran terbuka dan kritis. Maka ribuan RM yang dilaburkan adalah sangat berbaloi. Tapi kalau belajar di UK pun sama seperti belajar di sekolah asrama, baik kita buat banyak lagi sekolah asrama.

Ada beberapa cerita yang saya dengar daripada sahabat-sahabat, terutamanya daripada pelajar baru ini sendiri.

Cerita 1

Di sebuah tempat, rakan saya mengajak rakan-rakannya yang lain untuk pergi ke sebuah program. Hampir 8 orang yang telah bersetuju untuk hadir, tapi tiba-tiba seorang senior mengeluarkan kenyataan berkenaan program tersebut, yang boleh dikatakan agak negatif.

Apa yang jadi selepas itu?

Terus semua yang dah daftar tarik diri! Alahai… Matangnya kalian…

Ada 2 isu yang saya dapat lihat di sini.

Yang pertamanya, kenapa senior terus datang dengan pendekatan yang autokratik laksana senior-senior kita di sekolah dahulu? Terus kata jangan dan jangan…

Yang keduanya, macam manalah pelajar-pelajar baru ni, yang dah pun berusia 20 tahun, boleh terus terima bulat-bulat apa yang senior kata. Seolah-olah takut dengan senior tersebut.

(Hoi, jangan habiskan duit cukai mak bapak aku boleh tak?)

Cerita 2

Rumah mereka, senior yang tolong carikan.
Makan-makan semasa mula-mula sampai, senior yang tolong carikan.
Tips-tips untuk settle down, senior yang kongsikan.

Baik sungguh senior mereka. Betapa sayang kepada adik-adik ni. Beruntung mereka datang ke situ.

Tapi, itu baru permulaan. Lama-kelamaan, ke mana mereka pergi di hujung minggu, senior mesti tahu. Siapa datang ke rumah, senior mesti tahu. Cuti ni pergi mana, senior mesti tahu. Senior ajak datang rumah, junior mesti datang. Senior bawa ke mana-mana, junior mesti ikut.

Kalau tak beritahu, senior mesti akan kecil hati.

Kalau tak nak ikut, senior mesti pandang serong.

Maka, nak tak nak, junior-junior ini akan patuh kepada ‘senior’. Kepatuhan yang dipaksa-paksa.

Aduhai, inikah nilainya RM300,000 yang rakyat bayar?

Wahai senior, janganlah kalian merendahkan tahap intelektual pelajar baru ini. Mereka telah pun masuk usia puluhan tahun, adakah wajar minda mereka dilayan seperti budak sekolah?

Kalau beginilah kalian para senior melihat para junior perlu dilayan, saya khuatir dengan nasib negara kita pada masa akan datang. Nasib baiklah kalau ikut perkiraan saya, kalian bukannya majoriti. Alhamdulillah.

Sedangkan Islam pun tidak boleh dipaksa-paksa ke atas seorang kafir, inikan pula cara hidup kita. Malah mindset dan ideologi juga kita cuba paksakan ke atas junior kita.

Sudahlah. Orang lain sedang sibuk mengutuk BTN yang bersifat indoktrinisasi, kita pula yang menjalankan indoktrinisasi dalam bentuk yang sedikit lain, tapi sama sahaja barangnya.

Sudah-sudahlah senior menjadi ‘senior’.

9 comments so far

  1. andy on

    yes u r rite!!!!!!!!!!! senior stop from being “so-called senior”….. because of this thing as well, i decided to quit from my study in overc n continue my study in m’sia. fuh, much much much more better!!!

    • akmalamri on

      oh, u were in czech? wow. what a move!

  2. joegrimjow on

    ahaa
    macam bukan akmal jew ni

    • akmalamri on

      aku suke comment ko joe.

      dahla baca blog kat computer university. kantoi IP.

  3. potaqk on

    aku pon tensen woo.. dunia luas dah travel tp otak masih terperuk.. senior tk senior.. nak je ak sepak

    • akmalamri on

      ape kurangnya dengan kita yang kasar bahasanya?

      mari sama-sama muhasabah.

  4. […] tambahan : Senior : usahlah jadi senior Posted by miji Filed in Memo Leave a Comment […]

  5. Nazri on

    hahahha….tak sangka la pulak ade lagi, pasal kat Warwick tak dop pun.. =D

    • akmalamri on

      haa.. tula ko nazri.. ko xtahu pasal mende ni…. ask around, and u will notice. i mean, ask them physically. not through twitter or facebook or sms. :p


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: