Bank A, B, dan Anda

Di sebuah kampung, ada sebuah bank. Namanya Bank A.

Bank A menawarkan banyak produk kewangan yang menarik, namun tidak ada satu pun yang Islamik. Semuanya konvensional. Walaupun Bank A menamakan akaunnya sebagai Akaun Muslim, tapi pengurusan akaun itu tidak islamik, ataupun tidak mematuhi Syariah. Malahan, untuk menarik orang Islam memilih Bank A, mereka menawarkan diskaun 5% kepada orang Islam bagi caj perkhidmatan dan juga kadar faedah bagi pinjaman. Pengiklanan yang mereka lakukan juga begitu hebat.

Bank A juga sangat efisien dalam melayan pelanggan di samping pengurusan yang cekap. Orang kampung memang yakin dengan kebolehan Bank A mengurus.

Di seberang jalan, ada sebuah lagi bank. Bank B namanya.


Bank B tidak langsung menawarkan produk konvensional. Semuanya produk Islamik seperti Akaun Semasa Islamik, Skim Pinjam al-Bai Bithaman Ajil dan Pinjaman Perniagaan Murabahah. Alhamdulillah. Mereka juga mempunyai Lembaga Shariah untuk memastikan produk-produk dan pengurusan adalah bertepatan dengan Syariah. Namun, Bank B diuruskan oleh orang-orang yang pada pandangan orang kampung, agak kurang sesuai mengendalikan sebuah bank. Ya lah, siapa yang yakin kalau bank diuruskan oleh ustaz-ustaz dan lulusan agama? Tapi ustaz-ustaz ini juga tidak henti-henti menambah ilmu pengurusan bank. Mereka sangat rajin berusaha.

Kadang-kadang, pengguna selalu komplen kerana pengurusannya kurang cekap. Tidak kurang juga ada staf bank B yang agak kurang pandai mengambil hati pelanggan. Yang peliknya, Bank B yang menawarkan produk Islamik juga mengambil pekerja bukan Islam. Apakah?

Anda seorang pelajar Perakaunan. Ataupun Ekonomi. Ataupun apa-apa bidang yang boleh membantu bank-bank tadi. Bank mana yang akan menjadi pilihan anda?

Ataupun anda merasakan bahawa Bank B itu sudah tidak punya harapan? Maka, anda dan teman-teman anda yang hebat ilmu Perakaunan, Ekonomi dan Kewangan membuat keputusan untuk mewujudkan bank baru. Bank C namanya. Bank ini diuruskan oleh para pelajar Ekonomi, Perakaunan, Kewangan dan macam-macam lagi. Bank ini mempunyai visi untuk menawarkan produk Islamik sepenuhnya, dengan penuh professional.

Apa beza Bank A dan Bank B?
Apa beza Bank B dan Bank C?

Kalau saya, saya akan memilih Bank B. Untuk membetulkan Bank B, saya kira tidaklah begitu payah kalau nak dibandingkan dengan nak membetulkan Bank A, yang memang asasnya sendiri sudah tidak Islamik, biarpun pengurusannya hebat.

Dan saya tidak akan membuat bank baru. Cukuplah dengan Bank B. Membazir tenaga kerja, dan juga pelanggan. Ya, pelanggan semestinya akan berpecah.

Mari bantu Bank B!

p/s: saya merupakan pemegang biasiswa Bank Negara Malaysia

7 comments so far

  1. rashidah on

    🙂

    It doesn’t sound political AT ALL! Hahaha…

    • akmalamri on

      Please refer to my postscript. Hehe

  2. si sopan on

    apa maksud kurang pandai mengambil hati?

    • akmalamri on

      mungkin diskaun kurang. hadiah2 xmenarik. setakat bagi tabung seciput je. orang lain bagi payung la, mug dll.

  3. joegrimjow on

    bank = duit = makanan = darah daging sendiri

  4. Rev on

    Foundation dah ada, nak buat restructuring pada binaannya. Tapi memang susah kerana persepsi serong daripada orang ramai. Semoga berjaya.😉

  5. joegrimjow on

    jom join contest
    weekend@sheffieldklik klik
    menang 50 pound di blog joegrimjow
    tak menang pun boleh tolong pomot weekend@sheffield😉

    ko wajib masok
    hehe


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: