Percayalah korang…

Salam

Aku malas sungguh nak tulis. Tapi aku rasa perlu tulis. Maka aku tulis.

Hari ini aku dapat beberapa SMS yang mengatakan Daily Express ingin mengharamkan hijab di UK, jadi untuk mengelakkannya, sila text DXNO ke 30888.

Sekali baca, aku dah timbul was-was. Sebabnya?

1. Kenapa nak buat polisi perlu melalui SMS? Negara apa ni buat polisi ikut undian SMS? Gila ke apa pemerintah dia?

2. Siapa Daily Express? Bunyi macam suratkhabar tapi aku tak pernah nampak pun kat mana-mana. Kalau tabloid The Sun atau News of The World, walaupun sampah tapi orang tetap kenal. Ni Daily Express. Harian Metro lagilah aku kenal.

3. Mampu ke Daily Express nak haramkan hijab? Wah, setahu aku Labour Party yang memerintah UK sekarang. Ke aku silap negara eh? Eh. Ke Daily Express tu nama lain bagi Labour Party? :p

4. Kalaulah nak kata Daily Express tak mampu haramkan hijab, tapi mampu melobi. Hello!! Baca balik no 2

Maka aku pun pergilah membuat kajian di beberapa website seperti Google dan Daily Express sendiri. Berikut ialah hasil kajian ringkas:

************************************************************

http://www.express.co.uk/posts/view/109563/Ban-the-Burkha-here-in-Britain

Alamak! Apasal pelik? Berita ni nak KEMPEN (bukannya nak terus jalankan) pengharaman Burkha di UK. Hello, tau x beza Burkha dengan Hijab? Kalau tak tau, pi google. Jangan kufur nikmat, google dah ada, sila la tanya dia puas2.

Lagi satu, berita ni tahun 2009. Kita sekarang ni 2009 kan? Oh, betul la. Eh, alamak! Tahun ni 2010 la… Ala, apesal aku xperasan ni??

**************************************************************

Lepas tu aku baca kat sini, lagi best.

http://forums.islamicawakening.com/f18/daily-express-ban-hijab-britain-26174/index2.html

Aku quote satu maklumat daripada seorang user:

“All scam to get peoples phone numbers. Who ever sent text their number will be stored and used later on. If you have sent the text be ready to receive a call in few days asking for money for charity or may be someone selling hijabs or something like that.
These numbers are sold to advertisement companys in short.
Only valid petitions are run by gov’t for example No. 10 etc.”

*******************************************************************

HAHAHAHAHAHAHAHA…. Sesungguhnya aku sangat seronok lepas baca pendapat ini.

Lepas ni, korang yang dah SMS kat no tu tadi, bersedia la ye. Kita tengok la, hijab yang kena ban ke, korang yang nak tukar nombor.

Zass!

5 comments so far

  1. Fatin Ismail on

    salam Akmal

    Amboi..sedapnya gelak..

    sebenarnya,ak dh pernah dpt sms mcm tu tahun lepas. then google dan cari sumber,memang dpt benda yg sama. xsangka la pulak ada lagi tahun ni. maka,kawan2 mungkin beberapa bulan lagi,diorg akan hantar bnde yang sama juga.

    Mungkin tahun lepas,sms tu dihantar sekitar Notts je kot. N ak dh igtkan bbrapa kali pd si penghantar sms yg berlambak tu agar jgn main 4ward je sms nya.

    ak rasa,ni menataliti org Melayu kot. dapat je nak 4ward. nak2 kalo ada isu bkaitan Islam..heh..

    kalo org kate,pokok tak kan bgoyang kalo tak ditiup angin. tapi,kalo pk,kalo angin tu tersalah tiupannya,pokok masih akan bergoyang. maka,pegi la cek arah angin tu dulu (sumber) baru tau kenapa pokoknya bergoyang (cerita yg tersebar)..

    heh..ni blog ak ke blog akmal?ampun bos!!=)

    • Akmal Amri on

      Rasa nak delete je komen2 panjang ni :p

      Btw, thanks fatin

  2. Akmal Amri on

    Pernah dengar kisah Perang Jamal dan Perang Siffin?

    Dua perang ini adalah antara tentera Aishah+Muawiyah dan tentera Ali. Kenapa dua perang? Sebenarnya peperangan ini berlaku pada masa yang hampir sama dan tempat yang sama, tapi Perang Jamal berhenti apabila ada pihak yang mengangkat Al-Quran di tengah-tengah peperangan untuk berbincang. Tapi oleh kerana puak Munafiq Yahudi tidak puas hati yang perang itu seperti berakhir, pada waktu malam, mereka senyap2 menyusup masuk ke dalam kem kedua-dua belah tentera dan menimbulkan huru-hara.

    Tentera-tentera yang sedang berada dalam kegelapan itu,tanpa menyemak dengan terperinci akan punca kacau bilau tersebut, telah bangkit bertindak untuk melawan kacau bilau itu kerana merasakan pihak lawan ingin berlawan semula (sedangkan ia sebenarnya hanyalah propaganda orang dalam).

    Akhirnya ramai yang terbunuh. Peristiwa menyayat hati ini terpahat lama dalam memori Aisyah sehinggakan beliau semasa lewat usianya pernah berkata, “Kalaulah aku tidak dilahirkan di dunia ini, maka tidak ada yang akan mati semasa Perang Jamal dan Perang Siffin”

    Tidak cukupkah sirah sebagai pengajaran buat kita untuk tidak bertindak melulu?

    Wallahu’alam.

  3. Akmal Amri on

    Pada pendapat saya, orang yang respons kepada survey ini secara melulu adalah LEBIH BAIK daripada mereka yang terus mengabaikan sms yang diterima dan tidak berbuat apa-apa samada menyemak keshahihannya ataupun memberi respons.

    Wallahu’alam, And Allah knows best.

  4. […] sama terjadi dengan isu-isu lapuk seperti penggunaan perkataan ‘AKUM’, undian SMS untuk mengharamkan Hijab di UK dan macam-macam lagi. (Saya tak masukkan isu Crocs kerana saya kurang biasa dengan isu […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: