Undi Parti vs Undi Calon

Salam

Ini satu isu yang agak evergreen. Dah lama aku dengar. Dah lama aku baca. Tapi masih ramai juga yang masih berbincang tentang isu ini.

Sempena Pilihanraya Umum UK yang akan berlangsung lusa, dalam kehangatan parti-parti berkempen, aku ingin menyatakan pandangan aku dalam isu ini. Dalam pilihanraya, kita sepatutnya Undi Calon atau Undi Parti?

Undi Calon

Peribadi calon akan dijadikan ukuran pertama semasa membuat pilihan. Untuk memudahkan cerita, apa kata kita anggap (baca: assume) semua calon yang kita ingin bincangkan hampir sama sahaja peribadinya. Dengan kata lain, kita malarkan peribadi dan perwatakan calon.

Adakah peribadi calon suatu yang penting?

Apabila seorang calon berkempen di tempat ia bertanding, biasanya dia akan memberi janji-janji. Antaranya ialah ia akan membina sekolah baru jika menang. Ia juga akan membaiki jalan yang berlubang-lubang di sana sini. Ia juga akan memastikan jalan sentiasa ditabur garam semasa winter. Ia juga mungkin menjanjikan pelbagai perkara untuk komuniti tertentu seperti membina kuil ataupun menyediakan perkhidmatan koroner dan pengebumian pada hari Ahad untuk orang Islam (NB: secara umumnya, semua perniagaan tidak beroperasi pada hari Ahad jadi kematian orang Islam pada hari Sabtu akan menimbulkan kesulitan).

Ya, seorang calon akan menjanjikan perkara-perkara yang bersifat setempat, kerana itu sahaja yang ia mampu berikan. Jadi, kalau anda ingin jalan di depan rumah anda dibaiki, jika anda ingin sekolah baru dibina di hadapan rumah anda, jika anda inginkan lebih ramai polis di kawasan perumahan anda pada waktu malam, pilihlah calon yang menjanjikan perkara-perkara tersebut. Silakan.

Tapi?

Tapi anda perlu ingat, seorang calon tidak akan mampu mempengaruhi polisi sesebuah negara.

Jika sesebuah negara itu (dalam konteks sekarang, United Kingdom) ingin mengurangkan kemasukan pelajar antarabangsa seperti anda, calon yang anda pilih tadi tidak akan mampu mengubahnya.
Jika negara itu ingin menaikkan cukai barangan (VAT), seorang calon tidak akan mampu mengubahnya.
Jika negara itu ingin meneruskan serangan ke atas negara umat Islam seperti Afghanistan dan Iraq, seorang calon tidak akan mampu mempengaruhi keputusan tersebut.
Jika negara itu ingin mengenakan visa kepada pelancong dari Malaysia, seorang calon yang anda pilih tidak akan berjaya untuk menjadi penentu.

Adakah seorang calon mampu mengeluarkan tentera dari Afghanistan?

Namun, semua di atas akan mampu dilakukan oleh calon itu, jika dia berada dalam parti yang mempunyai polisi sedemikian.

Undi Parti

Apabila apa yang anda inginkan daripada pemerintah adalah bersifat nasional, maka undian anda hendaklah berdasarkan parti yang diwakili oleh calon anda. Polisi-polisi negara seperti pendirian dalam peperangan di Afghanistan dan Iraq, pelaksanaan cukai, pewujudan kemudahan awam, pengharaman perkara-perkara seperti burkha dan hijab; semua ini dicapai melalui suara majoriti dalam Parlimen. Maka, untuk mencapai majoriti semasa pembentangan polisi di Parlimen, biasanya parti yang memerintah (i.e. yang memegang majoriti dalam Parlimen) akan mampu untuk menegakkan polisi masing-masing.

Suara majoriti yang menjadi penentu dalam Parlimen

Dalam situasi ini, walaupun calon yang anda pilih menyokong polisi-polisi yang anda suka, tapi parti yang diwakilinya ataupun semua calon lain tidak menyokong polisi-polisi tersebut, pelaksanaan polisi tersebut tidak akan berjaya kerana tidak mendapat sokongan majoriti.

Kesimpulan

Justeru, anda perlu kenal pasti apa yang anda inginkan daripada sebuah pilihanraya. Jika anda sekadar inginkan jalan di hadapan rumah anda menjadi cantik dan kemas tapi tidak kisah dengan kenaikan harga barangan dan juga cukai, pilihlah calon kesukaan anda, tanpa mengira parti mana yang ia wakili.

Tapi jika anda inginkan sesuatu yang lebih besar daripada sekadar kemudahan sekolah dan pengawasan polis di kawasan rumah anda, pilihlah calon berdasarkan parti yang diwakili.
Jika anda inginkan negara ini memberhentikan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq, undilah parti yang tidak menyokong serangan tersebut.
Jika anda inginkan negara ini menentang penjajahan Israel ke atas bumi Palestin, undilah parti yang menentang penjajahan tersebut.
Jika anda tidak suka dengan kenaikan cukai barangan (VAT) ataupun cukai pendapatan, undilah parti yang juga tidak suka dengan kenaikan itu.
Jika anda inginkan keluarga anda dapat masuk ke UK dengan senang semasa graduasi anda, undilah calon dari parti yang tidak akan mengetatkan peraturan visa.

Dan ingatlah, dalam sebuah negara yang demokratik, polisi negara bukanlah ditetapkan oleh seorang calon yang berperwatakan baik dan ramah dengan masyarakat, tetapi ditetapkan oleh suara majoriti dalam Parlimen, yang mana keahliannya ditentukan oleh undi anda.

Undilah dengan bijak!

Undilah dengan bijak!  Anda mampu mengubahnya.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: