Negara Islam: Bagaimana?

Kita semua mahukan negara Islam di Malaysia, bukan?

Tidak mahu tidak, negara Islam di Malaysia akan menjadi sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama. Pemimpin2 rakyat semestinya mewakili setiap kaum yang ada (seperti mana kita di UK yang walaupun sekadar minoriti, tapi tetap berusaha sungguh2 nak naikkan orang Islam sebagai wakil rakyat).

Jadi, sekarang ini kita ada dua model politik berbilang bangsa di Malaysia, BN dan PR.

Melihatkan kepada model Barisan Nasional sekarang, di mana parti-parti selain UMNO seolah-olah diletakkan di kedudukan yang lebih rendah daripada parti UMNO, ia adalah satu gejala yang tidak sihat untuk jangka masa panjang. MCA, MIC dll sebenarnya bukanlah redha sepenuhnya dengan dasar-dasar dalam BN, tapi atas dasar ‘toleransi’, mereka terpaksa terima. Jadi tak peliklah bila orang MCA atau MIC sampai sekarang tak faham Islam. Kerana mereka hanya disuruh patuh, tapi tidak pernah diberi penerangan atau kefahaman. Akhirnya, negara Islam (mengikut model BN) akan menjadi sebuah negara yang memaksakan Islamnya ke atas para penduduk tanpa kerelaan, apatah lagi kefahaman.

Bukankah Imam Hassan Al Banna meletakkan rukun baiah yang pertama ialah Al-Fahmu? Tidak faham, mana mungkin mendapat ketaatan yang kukuh daripada rakyat.

Saya secara peribadi lebih menggemari model Pakatan Rakyat, bila mana setiap parti komponen mempunyai kedudukan yang setara (ataupun equal footing) dalam menyatakan pandangan. Dengan PAS memperjuangkan negara Islam melalui PR yang berasaskan perseFAHAMan dan persetujuan, justeru model negara Islam yang bakal diwujudkan kelak inshaAllah lebih tegar menempuh zaman. Kerana asasnya adalah kefahaman.

Dan saya tidak dapat bayangkan model negara bagaimana pula yang akan terhasil jika PAS bergabung dengan UMNO. Adakah kedua-dua parti ini akan mewujudkan satu PAKATAN baru, yang akhirnya mendapat sokongan majoriti rakyat? Kemudian negara Islam ditubuhkan melalui kuasa majoriti orang Melayu Islam di Malaysia, sedangkan rakyat-rakyat dan parti-parti bukan Islam terus-terusan melawan konsep negara Islam kerana mereka tidak faham. Kerana dengan mengasingkan model politik daripada komposisi kaum dalam negara, ia boleh menjadi sebuah model yang sangat berbahaya kepada kestabilan negara.

Dan jangan dipesongkan pula perbincangan ini kepada tajuk ‘model negara Islam’; bukannya ia tidak penting, tapi ia akan mengambil perbincangan yang jauh lebih panjang dan rumit, dan akhirnya membuatkan kita lari daripada tajuk asal. Kesimpulannya, jangan berlaku zalim ketika berhujah.

Akmal
Allah Maha Tahu

[taken from one of my FB comments]

p/s: I realised that I write comments more than I write blog post, hence I decide to just make some of them my blog posts. Two birds killed with one stone!

2 comments so far

  1. aliaaa on

    Komprehensif.
    When you have time, perbincangan yang lebih panjang dan rumit ie ‘model negara Islam’ pula? Thanks.

  2. Pacat on

    Setuju. We want more!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: