Rukhsah dan Kita

“Mal, aku nak datang Warwick Malaysia Night. Ko ambik aku nanti eh. Thanks btw!”

“Ada apa kat Warwick nanti? Takkan datang tengok Malaysia Night je. Bawakla aku jalan-jalan gak.”

Dialog-dialog di atas semakin biasa kedengaran seminggu dua ni. Alhamdulillah, ramai yang akan datang ke bandar Coventry weekend ni, walaupun tiada tempat yang menarik untuk dilawati.

Namun, ada satu perkara yang mungkin kita selalu terlepas pandang, tapi kita selalu buat, iaitu berkenaan rukhsah solat.

Semua sudah sedia maklum, paling lambat pun sejak belajar Pendidikan Islam semasa di Tingkatan 2; bahawa Imam Shafie berpandangan bahawa kita dibenarkan untuk menjamakkan dan mengqasarkan solat apabila bermusafir, sekurang-kurangnya pada jarak yang melebihi 2 marhalah (96 km).

Maka, bila kita nak jamak dan qasarkan solat kita, kita kerap bertanya,

“Cukup 2 marhalah tak London Coventry?”

ataupun “Berapa jauh ya Birmingham dari sini?”

Alhamdulillah, semua sangat berjaga-jaga dalam hal ini. Tapi sedarkah anda, jarak 2 marhalah itu hanyalah salah satu daripada syarat-syarat yang Imam Shafie tetapkan. Ada satu lagi yang kita kerap abaikan.

Perjalanan mestilah dengan niat yang baik.

Kita sering rasa niat kita baik, sebab tu kita selalu abaikan syarat ini. Maka, sangat jarang kita dengar orang berbincang seperti di bawah sebelum jamak qasarkan solatnya:

“Aku musafir ni dengan niat yang baik ke?”

“Ko rasa kita datang sini ada tujuan yang baik tak? Layak tak kita nak gunakan rukhsah jamak qasar ni?”

Kesimpulannya, mereka yang ingin datang ke Warwick University weekend ini untuk Malaysia Night, fikir semula.

Adakah niat aku niat yang baik?
Adakah tujuan aku tujuan yang baik?

Hanya anda yang dapat menjawabnya.

Wallahu’alam. God knows best. And God equals Allah. Yes.

8 comments so far

  1. Hilman on

    Terima kasih atas kesedaran ini. Ramai orang menyalahgunakan rukhsah tanpa disedari.

    • Akmal Amri on

      Sama-sama. Dan terima kasih.

  2. Mahfuzah on

    like~~

    • Akmal Amri on

      apa yang akak suka?

  3. Mahfuzah on

    your thoughts dalam entry ini.

  4. insan on

    i was expecting something else in the post. Maybe a reflection of Mnight performance; anyway nice post! Glad that some or many people still support Mnight.

    hehe..

    • Akmal Amri on

      This is written prior to the Mnight, hence can it be a reflection of it?

  5. insan on

    owh i see. So hopefully there will be one.
    haha. just kdding. just wnt to cheer up the blog.
    no harm.


Leave a reply to Akmal Amri Cancel reply